Hendaklah kamu menggunakan sugi kerana sebaik-baik perkara adalah sugi

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالسواك، فنعم الشيء السواك، يذهب بالحفر، وينزع البلغم، ويجلو البصر، ويشد اللثة، ويذهب بالبخر، ويصلح المعدة، ويزيد في درجات الجنة، وتحمده الملائكة، ويرضي الرب، ويسخط الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu menggunakan sugi kerana sebaik-baik perkara adalah sugi, ia boleh menghilangkan lubang (pada gigi), membuang kahak, menjelaskan pandangan mata, menguatkan gusi, menghilangkan bau, memperelokkan perut, menambahkan kedudukan di syurga, malaikat memujinya, disukai oleh Rab dan dibenci oleh syaitan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1205, hadis nombor 6125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: عليكم بالسواك، فنعم الشيء السواك، يذهب بالحفر، وينزع البلغم، ويجلو البصر، ويشد اللثة، ويذهب بالبخر، ويصلح المعدة، ويزيد في درجات الجنة، وتحمده الملائكة، ويرضي الرب، ويسخط الشيطان.
[الخولاني في ((تاريخ داريا))، ((الضعيفة)) (3852)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’: Hendaklah kamu menggunakan sugi kerana sebaik-baik perkara adalah sugi, ia boleh menghilangkan lubang (pada gigi), membuang kahak, menjelaskan pandangan mata, menguatkan gusi, menghilangkan bau, memperelokkan perut, menambahkan kedudukan di syurga, malaikat memujinya, disukai oleh Rab dan dibenci oleh syaitan.
[Riwayat al-Khawlani dalam Tarikh Dariya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3852]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs