TEKS BAHASA ARAB
أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حين انصرف من أحد مر على مصعب بن عمير وهو مقتول – على طريقه -، فوقف عليه رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ودعا له، ثم قرأ هذه الآية: [من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا]، ثم قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أشهد أن هؤلاء شهداء عند الله يوم القيامة، فأتوهم وزوروهم، والذي نفسي بيده! لا يسلم عليهم أحد إلى يوم القيامة إلا ردوا عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika Rasulullah SAW hendak pulang dari perang Uhud, Baginda SAW telah melalui mayat Mus’ab Bin Umair yang mati dibunuh dalam peperangan Uhud -dipertengahan laluannya- lalu Rasulullah SAW pun berhenti di situ dan mendoakannya. Kemudian Baginda membacakan ayat ini: “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan ada di antaranya yang sedang menunggu giliran; dan mereka tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” [al-Ahzab: 23] Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Aku bersaksi bahawa mereka ini syahid di sisi Allah pada hari kiamat nanti, maka biasakanlah mendatangi dan menziarahi (kubur) mereka. Dan demi Dzat jiwaku yang berada di TanganNya, tidak ada seorang pun yang memberikan salam kepada mereka (para syuhada’) melainkan mereka akan menjawabnya pada hari Kiamat nanti."
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis nombor 7653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-: ((أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حين انصرف من أحد مر على مصعب بن عمير وهو مقتول – على طريقه -، فوقف عليه رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ودعا له، ثم قرأ هذه الآية: [من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا]، ثم قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أشهد أن هؤلاء شهداء عند الله يوم القيامة، فأتوهم وزوروهم، والذي نفسي بيده! لا يسلم عليهم أحد إلى يوم القيامة إلا ردوا عليه)). [(ك، البيهقي في ((دلائل النبوية))، (الضعيفة)) (5221)].
(Daif)
Daripada Abi Hurairah RA: Sesungguhnya ketika Rasulullah SAW hendak pulang dari perang Uhud, Baginda SAW telah melalui mayat Mus’ab Bin Umair yang mati dibunuh dalam peperangan Uhud -dipertengahan laluannya- lalu Rasulullah SAW pun berhenti di situ dan mendoakannya. Kemudian Baginda membacakan ayat ini: “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan ada di antaranya yang sedang menunggu giliran; dan mereka tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” [al-Ahzab: 23] Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Aku bersaksi bahawa mereka ini syahid di sisi Allah pada hari kiamat nanti, maka biasakanlah mendatangi dan menziarahi (kubur) mereka. Dan demi Dzat jiwaku yang berada di TanganNya, tidak ada seorang pun yang memberikan salam kepada mereka (para syuhada’) melainkan mereka akan menjawabnya pada hari Kiamat nanti.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Dalai'l al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5221)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.