Sesungguhnya ahli syurga yang paling bawah: Orang yang bertanggungjawab terhadap 10,000 orang khadam,

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أسفل أهل الجنة أجمعين درجة: لمن يقوم على رأسه عشرة آلاف خادم، بيد كل واحد صحفتان، ‌واحدة ‌من ‌ذهب، والأخرى من فضة، في كل واحدة لون ليس في الأخرى مثله، يأكل من آخرها مثل ما يأكل من أولها، يجد لآخرها من الطيب واللذة مثل الذي يجد لأولها، ثم يكون ذلك كريح المسك الأذفر، لا يبولون، ولا يتغوطون، ولا يمتخطون، إخواناً على سرر متقابلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ahli syurga yang paling bawah: Orang yang bertanggungjawab terhadap 10,000 orang khadam, di tangan setiap seorang dalam kalangan mereka ada dua bekas makanan, satu daripada emas dan satu lagi daripada perak, pada setiap satu daripadanya warna yang tiada pada yang lain warna seperti itu, ia memakan hujungnya seperti mana ia memakan awalnya, pada akhirnya didapati ada bau wangian dan kelazatan seperti pada awalnya, kemudian (sendawa) berbau seperti kasturi, mereka tidak membuang air kecil, tidak membuang air besar, dan mengeluarkan hingus. Mereka bersaudara dan duduk di atas katil secara berhadapan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 673, hadis nombor 3466. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن أسفل أهل الجنة أجمعين درجة: لمن يقوم على رأسه عشرة آلاف خادم، بيد كل واحد صحفتان، ‌واحدة ‌من ‌ذهب، والأخرى من فضة، في كل واحدة لون ليس في الأخرى مثله، يأكل من آخرها مثل ما يأكل من أولها، يجد لآخرها من الطيب واللذة مثل الذي يجد لأولها، ثم يكون ذلك كريح المسك الأذفر، لا يبولون، ولا يتغوطون، ولا يمتخطون، إخواناً على سرر متقابلين)). [طس، ((الضعيفة)) (5305)]

Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya ahli syurga yang paling bawah: Orang yang bertanggungjawab terhadap 10,000 orang khadam, di tangan setiap seorang dalam kalangan mereka ada dua bekas makanan, satu daripada emas dan satu lagi daripada perak, pada setiap satu daripadanya warna yang tiada pada yang lain warna seperti itu, ia memakan hujungnya seperti mana ia memakan awalnya, pada akhirnya didapati ada bau wangian dan kelazatan seperti pada awalnya, kemudian (sendawa) berbau seperti kasturi, mereka tidak membuang air kecil, tidak membuang air besar, dan mengeluarkan hingus. Mereka bersaudara dan duduk di atas katil secara berhadapan. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5305]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.