Sesungguhnya lelaki terakhir yang memasuki syurga ialah lelaki yang berguling di atas titian sirat atas perutnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن آخر رجل يدخل الجنة: رجل يتقلب على الصراط ظهرا لبطن؛ كالغلام يضربه أبوه وهو يفر منه، يعجز عنه عمله أن يسعى، فيقول: يا رب! بلغ بي الجنة ونجني من النار، فيوحي الله تعالى إليه: عبدي! إن أنا نجيتك من النار وأدخلتك الجنة؛ أتعترف لي بذنوبك وخطاياك؟ فيقول العبد: نعم يا رب! وعزتك وجلالك! لئن نجيتني من النار؛ لأعترفن لك بذنوبي وخطاياي. فيجوز الجسر، ويقول العبد فيما بينه وبين نفسه: لئن اعترفت له بذنوبي وخطاياي ليردني إلى النار، فيوحي الله إليه: عبدي! اعترف لي بذنوبك وخطاياك أغفرها لك، فيوحي الله إليه: عبدي! اعترف لي بذنوبك وخطاياك أغفرها لك، وأدخلك الجنة! فيقول العبد: لا وعزتك! ما أذنبت ذنبا قط، ولا أخطأت خطيئة قط، فيوحي الله إليه: عبدي! إن لي عليك بينة، فيلتفت العبد يمينا وشمالا، فلا يرى أحدا، فيقول: يا رب! أرني بينتك! فيستنطق الله جلده بالمحقرات، فإذا رأى ذلك العبد؛ يقول: يا رب! عندي -وعزتك!- العظائم المضمرات! فيوحي الله عز وجل إليه: عبدي! أنا أعرف بها منك، اعترف لي بها أغفرها لك، وأدخلك الجنة! ثم ضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى بدت نواجذه، يقول: هذا أدنى أهل الجنة منزلة، فكيف بالذي فوقه؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya lelaki terakhir yang memasuki syurga ialah lelaki yang berguling di atas titian sirat atas perutnya, seperti seorang budak yang dipukul oleh ayahnya dan dia melarikan diri darinya, amalannya tidak mampu menaikkannya. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan, sampaikan aku ke syurga dan selamatkan aku dari api neraka. Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Wahai hamba-Ku! Jika Aku menyelamatkan engkau dari neraka dan memasukkan engkau ke dalam syurga, adakah engkau akan mengakui dosa-dosamu dan kesalahanmu? Hamba itu berkata: Ya wahai Tuhan! Demi kekuasaan dan keagungan-Mu! Jika engkau menyelamatkan aku dari neraka, aku akan mengakui segala dosa dan kesalahanku. Lalu dia melalui titian sirat dan dia berkata kepada dirinya: Jika aku mengakui kesalahanku aku akan dikembalikan ke neraka. Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Hamba-Ku! Akuilah kepada-Ku dosa dan kesalahanmu nescaya Aku akan mengampunkannya bagimu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga! Hamba itu berkata: Tidak, demi kekuasaan-Mu! Aku tidak pernah melakukan dosa, aku juga tidak pernah melakukan kesalahan. Lalu Allah berkata kepadanya: Hamba-Ku! Aku mempunyai bukti ke atasmu. Lalu hamba itu berpaling ke kiri dan ke kanan. Dia tidak melihat sesiapa. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Tunjukkan padaku bukti yang ada pada-Mu. Lalu Allah jadikan kulitnya berkata-kata dengan sesuatu yang hina. Apabila hamba itu melihatnya, dia berkata: Wahai Tuhan! Demi kemuliaan-Mu! Ini sesuatu yang besar dan lemah! Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Hamba-Ku! Aku lebih mengetahui tentangnya berbanding kamu, akuilah dosamu kepada-Ku, Aku akan ampunkan dan masukkan kamu ke syurga. Kemudian Rasulullah SAW ketawa sehingga nampak gerahamnya. Baginda bersabda: Ini ialah tingkatan ahli syurga yang paling bawah, bagaimana pula dengan yang di atasnya?!

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 672-673, hadis nombor 3465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن آخر رجل يدخل الجنة: رجل يتقلب على الصراط ظهراً لبطن؛ كالغلام يضربه أبوه وهو يفر منه، يعجز عنه عمله أن يسعى، فيقول: يا رب! بلغ بي الجنة ونجني من النار، فيوحي الله تعالى إليه: عبدي! إن أنا نجيتك من النار وأدخلتك الجنة؛ أتعترف لي بذنوبك وخطاياك؟ فيقول العبد: نعم يا رب! وعزتك وجلالك! لئن نجيتني من النار؛ لأعترفن لك بذنوبي وخطاياي. فيجوز الجسر، ويقول العبد فيما بينه وبين نفسه: لئن اعترفت له بذنوبي وخطاياي ليردني إلى النار، فيوحي الله إليه: عبدي! اعترف لي بذنوبك وخطاياك أغفرها لك، فيوحي الله إليه: عبدي! اعترف لي بذنوبك وخطاياك أغفرها لك، وأدخلك الجنة! فيقول العبد: لا وعزتك! ما أذنبت ذنباً قط، ولا أخطأت خطيئة قط، فيوحي الله إليه: عبدي! إن لي عليك بينة، فيلتفت العبد يميناً وشمالاً، فلا يرى أحداً، فيقول: يا رب! أرني بينتك! فيستنطق الله جلده بالمحقرات، فإذا رأى ذلك العبد؛ يقول: يا رب! عندي -وعزتك!- العظائم المضمرات! فيوحي الله عز وجل إليه: عبدي! أنا أعرف بها منك، اعترف لي بها أغفرها لك، وأدخلك الجنة! ثم ضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى بدت نواجذه، يقول: هذا أدنى أهل الجنة منزلة، فكيف بالذي فوقه؟!)). [طب، ((الضعيفة)) (5383، 6027)]

(Lemah) Daripada Abū Umāmah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya lelaki terakhir yang memasuki syurga ialah lelaki yang berguling di atas titian sirat atas perutnya, seperti seorang budak yang dipukul oleh ayahnya dan dia melarikan diri darinya, amalannya tidak mampu menaikkannya. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan, sampaikan aku ke syurga dan selamatkan aku dari api neraka. Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Wahai hamba-Ku! Jika Aku menyelamatkan engkau dari neraka dan memasukkan engkau ke dalam syurga, adakah engkau akan mengakui dosa-dosamu dan kesalahanmu? Hamba itu berkata: Ya wahai Tuhan! Demi kekuasaan dan keagungan-Mu! Jika engkau menyelamatkan aku dari neraka, aku akan mengakui segala dosa dan kesalahanku. Lalu dia melalui titian sirat dan dia berkata kepada dirinya: Jika aku mengakui kesalahanku aku akan dikembalikan ke neraka. Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Hamba-Ku! Akuilah kepada-Ku dosa dan kesalahanmu nescaya Aku akan mengampunkannya bagimu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga! Hamba itu berkata: Tidak, demi kekuasaan-Mu! Aku tidak pernah melakukan dosa, aku juga tidak pernah melakukan kesalahan. Lalu Allah berkata kepadanya: Hamba-Ku! Aku mempunyai bukti ke atasmu. Lalu hamba itu berpaling ke kiri dan ke kanan. Dia tidak melihat sesiapa. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Tunjukkan padaku bukti yang ada pada-Mu. Lalu Allah jadikan kulitnya berkata-kata dengan sesuatu yang hina. Apabila hamba itu melihatnya, dia berkata: Wahai Tuhan! Demi kemuliaan-Mu! Ini sesuatu yang besar dan lemah! Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Hamba-Ku! Aku lebih mengetahui tentangnya berbanding kamu, akuilah dosamu kepada-Ku, Aku akan ampunkan dan masukkan kamu ke syurga. Kemudian Rasulullah SAW ketawa sehingga nampak gerahamnya. Baginda bersabda: Ini ialah tingkatan ahli syurga yang paling bawah, bagaimana pula dengan yang di atasnya?! [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5383, 6027]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.