Sesungguhnya Abdullah bin Abbas ketika masuknya hari ke 27 daripada bulan Rejab

TEKS BAHASA ARAB

الحسن البصري قال: كان عبد الله بن عباس إذا كان يوم السابع والعشرين من رجب أصبح معتكفا وظل مصليا إلى وقت الظهر، فإذا صلى الظهر تنقل هنيهة ثم صلى أربع ركعات يقرأ في كل ركعة الحمد لله مرة والمعوذتين مرة وإنا أنزلناه ثلاثا، وقل هو الله أحد خمسين مرة ثم يخلد إلى الدعاء إلى وقت العصر ويقول هكذا كان يصنع رسول الله في هذا اليوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Hasan al-Basri telah berkata: Sesungguhnya Abdullah bin Abbas ketika masuknya hari ke 27 daripada bulan Rejab, dia akan berpagi-pagian dalam keadaan beriktikaf dan kekal dalam keadaan bersolat sehingga waktu zuhur. Dan apabila beliau solat zuhur, dia berpindah dalam masa yang singkat kemudian beliau solat empat rakaat yang dibaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali, dan Muawwizatain (al-Falaq & al-Nas) sekali, dan surah al-Qadr sebanyak tiga kali, dan surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Kemudian dia kekal berdoa sehingga waktu asar. Dan beliau (Abdullah bin Abbas) berkata beginilah yang Rasulullah SAW lakukan pada hari ini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ قَالَ: كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ إِذَا كَانَ يَوْمَ السَّابِعِ وَالْعِشْرِينَ مِنْ رَجَبٍ أَصْبَحَ مُعْتَكِفًا وَظَلَّ مُصَلِّيًا إِلَى وَقْتِ الظُّهْرِ، فَإِذَا صَلَّى الظُّهْرَ تَنَقَّلَ هُنَيْهَةً ثُمَّ صَلَّى أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ الْحَمد لله مرّة والمعوذتين مرّة وَإِنَّا أَنزَلْنَاهُ ثَلَاثًا، وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسِينَ مَرَّةً ثُمَّ يَخْلُدُ إِلَى الدُّعَاءِ إِلَى وَقْتِ الْعَصْرِ وَيَقُولُ هَكَذَا كَانَ يصنع رَسُول الله فِي هَذَا الْيَوْمِ.
ذَكَرَهُ فِي غُنْيَةِ الطَّالبِيِنَ قَائِلا أَخْبَرَنَا هِبَةُ اللَّهِ بِإِسْنَادِهِ عَنِ الْحَسَنِ إِلَخ وَهُوَ مَوْضُوعٌ، وَقَدْ مَرَّ حَالُ هِبَةُ اللَّهِ.

Hadis:
الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ قَالَ: كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ إِذَا كَانَ يَوْمَ السَّابِعِ وَالْعِشْرِينَ مِنْ رَجَبٍ أَصْبَحَ مُعْتَكِفًا وَظَلَّ مُصَلِّيًا إِلَى وَقْتِ الظُّهْرِ، فَإِذَا صَلَّى الظُّهْرَ تَنَقَّلَ هُنَيْهَةً ثُمَّ صَلَّى أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ الْحَمد لله مرّة والمعوذتين مرّة وَإِنَّا أَنزَلْنَاهُ ثَلَاثًا، وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسِينَ مَرَّةً ثُمَّ يَخْلُدُ إِلَى الدُّعَاءِ إِلَى وَقْتِ الْعَصْرِ وَيَقُولُ هَكَذَا كَانَ يصنع رَسُول الله فِي هَذَا الْيَوْمِ.
Al-Hasan al-Basri telah berkata: Sesungguhnya Abdullah bin Abbas ketika masuknya hari ke 27 daripada bulan Rejab, dia akan berpagi-pagian dalam keadaan beriktikaf dan kekal dalam keadaan bersolat sehingga waktu zuhur. Dan apabila beliau solat zuhur, dia berpindah dalam masa yang singkat kemudian beliau solat empat rakaat yang dibaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali, dan Muawwizatain (al-Falaq & al-Nas) sekali, dan surah al-Qadr sebanyak tiga kali, dan surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Kemudian dia kekal berdoa sehingga waktu asar. Dan beliau (Abdullah bin Abbas) berkata beginilah yang Rasulullah SAW lakukan pada hari ini.
Beliau telah menyebut di dalam kitab Ghunyah Al-Talibin dengan berkata: “Telah mengkhabarkan kepada kami Hibatullah dengan sanadnya daripada al-Hasan…hingga akhirnya”, dan ia ialah hadis yang palsu dan telah diterangkan kedudukan Hibatullah.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.