Sesiapa yang berpuasa pada siang hari di dalam bulan Rejab dan solat padanya

TEKS BAHASA ARAB

من صام يوما من رجب وصلى فيه أربع ركعات يقرأ في أول ركعة آية الكرسي مائة مرة وفي الركعة الثانية مائة مرة قل هو الله أحد لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة أو يرى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa pada siang hari di dalam bulan Rejab dan solat padanya sebanyak empat rakaat yang dibaca pada rakaat yang pertama ayat kursi sebanyak seratus kali dan pada rakaat kedua dibaca seratus kali al-Ikhlas, dia tidak akan mati sehingga dia melihat tempatnya di syurga atau diperlihatkan baginya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَبٍ وَصَلَّى فِيهِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ مِائَةَ مَرَّةٍ وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِائَةَ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ أَوْ يُرَى لَهُ.
أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدِهِ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا وَقَالَ: مَوْضُوعٌ وَأَكْثَرُ رِوَاتِهِ مَجَاهِيلُ وَعُثْمَانُ أَيِ ابْنِ عَطَاءٍ الرَّاوِي لَهُ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَتْرُوكٌ، وأَقَرَّهُ السُّيُوطِيُّ وَغَيْرُهُ.

Hadis:
مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَبٍ وَصَلَّى فِيهِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ مِائَةَ مَرَّةٍ وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِائَةَ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ أَوْ يُرَى لَهُ.
“Sesiapa yang berpuasa pada siang hari di dalam bulan Rejab dan solat padanya sebanyak empat rakaat yang dibaca pada rakaat yang pertama ayat al-kursi sebanyak seratus kali dan pada rakaat kedua dibaca seratus kali al-Ikhlas, dia tidak akan mati sehingga dia melihat tempatnya di syurga atau diperlihatkan baginya.”
Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn al-Jauzi dengan sanadnya daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan dia berkata: Hadis ini adalah palsu dan kebanyakan perawinya adalah majhul (tidak dikenali). Dan Uthman, iaitu Ibn Atta’ ialah perawi hadis ini daripada ayahnya daripada Ibn Abbas dan dia adalah seorang yang matruk (hadisnya ditinggalkan). Hal ini dipersetujui oleh al-Suyuthi dan selain daripadanya.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs