Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Syaaban surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali

TEKS BAHASA ARAB

ابن عمر قال، قال رسول الله: من قرأ ليلة النصف من شعبان ألف مرة قل هو الله أحد في مائة ركعة لم يخرج من الدنيا حتى يبعث الله إليه في منامه ملك ثلاثون يبشرونه بالجنة وثلاثون يؤمنونه من النار وثلاثون يعصمونه من أن يخطئ وعشر يكيدون من عاداه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ibn Umar telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Syaaban surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali di dalam 100 rakaat, dia tidak akan keluar dari dunia ini kecuali sehingga Allah mengutus kepadanya di dalam mimpinya 100 malaikat di mana 30 malaikat akan memberi berita gembira kepadanya iaitu syurga, 30 malaikat akan menyelamatkannya dari api neraka, 30 malaikat akan membebaskannya daripada melakukan dosa dan 10 malaikat akan menyelamatkan daripada tipu daya musuhnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 79. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ ابْنُ عُمَرَ قَالَ، قَالَ رَسُول الله: مَنْ قَرَأَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ أَلْفَ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ الله أحد فِي مِائَةِ رَكْعَةٍ لَمْ يَخْرُجْ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَبْعَثَ اللَّهُ إِلَيْهِ فِي مَنَامه مَلَكٍ ثَلاثُونَ يُبَشِّرُونَهُ بِالْجَنَّةِ وَثَلاثُونَ يُؤَمِّنُونَهُ مِنَ النَّارِ وَثَلاثُونَ يَعْصِمُونَهُ من أَن يُخطئ وَعشر يكيدون من عَادَاهُ. أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ وَابْنُ الْجَوْزِيِّ مِنْ طَرِيقِهِ وَالدَّيْلَمِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ مَرْوَانَ الذُّهْلِيِّ عَنْ أَبِيهِ يَحْيَي قَالَ: حَدَّثَنِي أَرْبَعَةٌ وَثَلاثُونَ مِنْ أَصْحَاب النَّبِي قَالُوا، قَالَ رَسُول الله فَذَكَرَ مِثْلَهُ. وَأخرجه ابْن الْجَوْزِيّ من طَرِيق آخر عَن جَعْفَر الصَّادِق بن مُحَمَّد الباقر بن زيد العابدين على بْن الْحُسَيْن بْن على المرتضي عَن أَبِيه مُرْسلا مَرْفُوعا بِلَفْظ من قَرَأَ لَيْلَة النّصْف من شعْبَان قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ألف مرّة فِي مائَة رَكْعَة لم يمت حَتَّى يبْعَث الله إِلَيْهِ مائَة ملك ثَلاثُونَ يُبَشِّرُونَهُ بِالْجَنَّةِ وَثَلاثُونَ يُؤَمِّنُونَهُ من الْعَذَاب وَثَلَاثُونَ يقومونه أَن يُخطئ وَعشرَة أَمْلَاك يَكْتُبُونَ أعداءه.
هَذَا مَوْضُوع جُمْهُور رُوَاته فِي جَمِيع طرقه مَجَاهِيل وَفِيهِمْ ضعفاء وساقطون كَذَا قَالَ ابْن الْجَوْزِيّ والسيوطي وَابْن عراق وَغَيرهم. وَقَالَ ابْن حجر الْمَكِّيّ فِي رسَالَته الْإِيضَاح وَالْبَيَان لما جَاءَ فِي لَيْلَة النّصْف من شعْبَان بعد ذكر هَذَا الحَدِيث وَالْأَحَادِيث الثَّلَاثَة الْآتِيَة لم يتعقب ابْن الْجَوْزِيّ فِي هَذِه الْأَحَادِيث الْأَرْبَعَة بِشَيْء بل وافقوه على أَنَّهَا واهية سَاقِطَة مَوْضُوعَة بَاطِلَة لما ذكر أَمَام الْفُقَهَاء والحفاظ من الْمُتَأَخِّرين مُحي السّنة وَالدّين أَبُو زَكَرِيَّا يحيى النَّوَوِيّ وتبعة عَليّ ذَلِكَ من جَاءَ بعده من الْفُقَهَاء والحفاظ انْتهى.
وَقد ذكر فِي غنية الطالبين هَذِه الصَّلَاة بقوله فَأَما الصَّلَاة الْوَارِدَة فِي لَيْلَة النّصْف من شعْبَان فَهِيَ مائَة رَكْعَة بِأَلف مَرَّةً قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فِي كل رَكْعَة عشر مَرَّات، وتسمي هَذِه الصَّلَاة صَلَاة الْخَيْر وتتفرق بركتها. وَكَانَ السّلف الصَّالح يصلونها جمَاعَة يَجْتَمعُونَ لَهَا وفيهَا فضل كثير، وثواب جزيل. وَرُوِيَ عَنِ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ أَنَّهُ قَالَ: حَدَّثَنِي ثَلاثُونَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ الله أَنَّ مَنْ صَلَّى هَذِهِ الصَّلاةَ فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ نَظَرَ اللَّهُ إِلَيْهِ سَبْعِينَ نَظْرَةً وَقَضَى لَهُ بِكُلِّ نَظْرَةٍ سَبْعِينَ حَاجَةً أَدْنَاهَا الْمَغْفِرَة. انْتهى.

Hadis:
ابْنُ عُمَرَ قَالَ، قَالَ رَسُول الله: مَنْ قَرَأَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ أَلْفَ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ الله أحد فِي مِائَةِ رَكْعَةٍ لَمْ يَخْرُجْ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَبْعَثَ اللَّهُ إِلَيْهِ فِي مَنَامه مائة مَلَكٍ ثَلاثُونَ يُبَشِّرُونَهُ بِالْجَنَّةِ وَثَلاثُونَ يُؤَمِّنُونَهُ مِنَ النَّارِ وَثَلاثُونَ يَعْصِمُونَهُ من أَن يُخطئ وَعشر يكيدون من عَادَاهُ.
Ibn Umar telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Syaaban surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali di dalam 100 rakaat, dia tidak akan keluar dari dunia ini kecuali hingga Allah mengutus kepadanya di dalam mimpinya 100 malaikat di mana 30 malaikat akan memberi berita gembira kepadanya iaitu syurga, 30 malaikat akan menyelamatkannya dari api neraka, 30 malaikat akan membebaskannya daripada melakukan dosa dan 10 malaikat akan menyelamatkan daripada tipu daya musuhnya.
Telah dikeluarkan oleh al-Jawzaqani dan Ibn al-Jauzi meriwayatkan daripada jalurnya dan juga al-Dailami dan daripada Muhammad Bin Marwan al-Zuhli daripada bapanya Yahya telah berkata: Telah berkata kepadaku 34 daripada sahabat-sahabat Nabi SAW, Rasulullah SAW telah bersabda: Dan mereka berkata yang sama sepertinya. Ibn al-Jauzi telah mengeluarkan hadis ini daripada jalur yang berbeza iaitu dari Jaafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Zain al-Abidin Ali bin al-Husain bin Ali al-Murtadha daripada bapanya secara mursal dan marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan lafaz: Sesiapa yang membaca al-Ikhlas pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 1000 kali di dalam 100 rakaat, maka dia tidak akan mati kecuali hingga Allah mengutus kepadanya 100 malaikat. 30 malaikat akan memberi berita gembira kepadanya iaitu syurga, 30 malaikat akan menyelamatkannya dari azab dan 30 malaikat akan menghalangnya ketika melakukan dosa dan 10 malaikat menyelamatkannya daripada musuh-musuhnya.
Ini ialah hadis yang palsu. Kebanyakan perawi hadis ini pada setiap jalur terdiri daripada perawi-perawi yang majhul (tidak dikenali) dan padanya juga perawi-perawi yang daif serta gugur. Beginilah yang dikatakan oleh Ibn al-Jauzi dan al-Suyuthi dan Ibn Arraq dan yang lain-lain.
Ibn Hajar al-Makki telah berkata di dalam risalahnya al-Idhah wa al-Bayan mengenai apabila datangnya malam pertengahan bulan Syaaban selepas beliau menyebut hadis ini dan ketiga-tiga hadis yang berikut: Ibn al-Jauzi tidak mengkritik dengan apa-apa malah menyetujui bahawa ia merupakan hadis yang lemah, gugur, palsu dan batil. Apabila disebutkan di hadapan para fuqaha dan para huffaz daripada generasi yang akhir, penghidup sunnah dan agama Abu Zakariyya Yahya al-Nawawi dan fuqaha dan huffaz selepas daripadanya mengikutinya dalam perkara ini. Selesai.
Telah disebutkan di dalam Ghunyah al-Talibin bahawa solat ini dengan ucapannya: Adapun solat yang warid pada malam pertengahan Syaaban, iaitu sebanyak 100 rakaat dengan seribu kali dengan membaca al-Ikhlas pada setiap rakaat sebanyak 10 kali dan dinamakan solat ini dengan solat al-Khair dan keberkatannya bertebaran. Para salafussoleh melakukan solat padanya secara berjemaah dan berhimpun padanya disebabkan padanya terdapat kelebihan yang banyak dan pahala yang berganda-ganda. Diriwayatkan daripada al-Hasan al-Basri, beliau berkata: Telah berkata padaku 30 orang daripada ashab Nabi SAW iaitu sesiapa yang solat dengan solat ini pada malam ini, maka Allah akan melihatnya sebanyak 70 kali pandangan dan Allah akan memberikan setiap kali pandangan itu dengan 70 hajat dan selemah-lemah hajat adalah keampunan. Selesai.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.