TEKS BAHASA ARAB
من بلغ حدا في غير حد؛ فهو من المعتدين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang telah melaksanakan hudud pada kesalahan yang tidak capai hudud, maka dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033, hadis nombor 10227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن النعمان بن بشير -رضي الله عنه- مرفوعا: من بلَّغ حدًّا في غيرِ حدٍّ؛ فهو من المعتدِينَ.
[هق، حل، ((الضعيفة)) (4568)]
(Lemah)
Daripada al-Nu’man bin Basyir RA secara marfu’: Sesiapa yang telah melaksanakan hudud pada kesalahan yang tidak capai hudud, maka dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Abu Nua’im dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4568]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.