TEKS BAHASA ARAB
من حاول أمرا بمعصية؛ كان ذلك أفوت لما رجا، وأقرب لمجيء ما اتقى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengubah sesuatu perkara dengan maksiat, perkara itu akan menghilangkan apa yang dia harapkan dan dia akan lebih dekat dengan kedatangan sesuatu yang dia takutkan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033, hadis nombor 10228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الله بن بسر المازني -رضي الله عنه- مرفوعا: من حاول أمرًا بمعصيةٍ؛ كان ذلك أفوتَ لما رجا، وأقربَ لمجيءِ ما اتَّقى.
[تمام، الضياء، ((الضعيفة)) (4583)]
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Busr al-Mazini RA secara marfu’: Sesiapa yang mengubah sesuatu perkara dengan maksiat, perkara itu akan menghilangkan apa yang dia harapkan dan dia akan lebih dekat dengan kedatangan sesuatu yang dia takutkan.
[Riwayat Tammam, al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4583]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.