Sesiapa yang taat kepada Allah, maka dia mengingati Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أطاع الله فقد ذكر الله، وإن قلت صلاته وصيامه وتلاوته للقرآن. ومن عصى الله فقد نسي الله، وإن كثرت صلاته وصيامه وتلاوته للقرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang taat kepada Allah, maka dia mengingati Allah sekalipun kurang solatnya, puasanya dan bacaan al-Qurannya. Dan Sesiapa yang derhaka kepada Allah, maka dia telah melupakan Allah sekalipun banyak solatnya, puasanya dan bacaan al-Qurannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033, hadis nombor 10226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن خالد بن أبي عمران، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ أطاع اللهَ فقد ذَكَر اللهَ، وإنْ قَلَّتْ صلاتُه وصِيامُه وتِلاوتُه لِلقرآنِ. ومَنْ عَصَى اللهَ فقد نَسِيَ اللهَ، وإنْ كَثُرَتْ صلاتُه وصِيامُه وتِلاوتُه لِلقرآنِ.
[نعيم بن حماد في ((زوائد الزهد لإبن المبارك))، ((الضعيفة)) (4553)]

(Lemah)
Daripada Khalid bin Abu Imran, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang taat kepada Allah, maka dia mengingati Allah sekalipun kurang solatnya, puasanya dan bacaan al-Qurannya. Dan Sesiapa yang derhaka kepada Allah, maka dia telah melupakan Allah sekalipun banyak solatnya, puasanya dan bacaan al-Qurannya.
[Riwayat Nu'aim bin Hammad dalam Zawaid al-Zuhd Li Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4553]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs