TEKS BAHASA ARAB
من صلى ليلة الجمعة ركعتين قرأ فيهما بفاتحة الكتاب وإذا زلزلت خمس عشرة مرة وفي رواية خمسين مرة آمنه الله من عذاب القبر ومن أهوال يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang solat pada malam Jumaat sebanyak dua rakaat dengan membaca pada kedua-duanya surah al-Fatihah dan surah al-Zalzalah sebanyak 15 kali. Dalam riwayat lain sebanyak 50 kali, maka dia akan diselamatkan oleh Allah SWT daripada azab kubur dan juga kedahsyatan hari akhirat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيثُ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ قَرَأَ فِيهِمَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَإِذا زُلْزِلَتِ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً وَفِي رِوَايَةٍ خَمْسِينَ مَرَّةً آمَنَهُ اللَّهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ أَهْوَالِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
أَخْرَجَهُ إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُفْطِرِ فِي كِتَابِ وُصُولِ ثَوَابِ الْقُرْآنِ لِلْمَيِّتِ وَالمُظَفَّرُ بْنُ الْحُسَيِّنِ فِي كِتَابِ فَضَائِلِ الْقُرْآنِ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ وَأَبُو مَنْصُورٍ الدَّيْلَمِيُّ مِنْ حَدِيثِهِ وَحَدِيثِ ابْنِ عَبَّاسٍ. قَالَ الْعِرَاقِيُّ: كُلُّهَا ضَعِيفَةٌ مُنْكَرَةٌ وَلَيْسَ يَصِحُّ فِي صَلاةِ أَيَّامِ الأُسْبُوعِ وَلَيَالِيهِنَّ شَيْءٌ انْتَهَى.
Hadis:
مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ قَرَأَ فِيهِمَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَإِذا زُلْزِلَتِ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً وَفِي رِوَايَةٍ خَمْسِينَ مَرَّةً آمَنَهُ اللَّهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ أَهْوَالِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
“Sesiapa yang solat pada malam Jumaat sebanyak dua rakaat dengan membaca pada kedua-duanya surah al-Fatihah dan surah al-Zalzalah sebanyak lima belas kali. Dalam riwayat lain sebanyak 50 kali, maka dia akan diselamatkan oleh Allah SWT daripada azab kubur dan juga kedahsyatan hari akhirat.”
Hadis ini dikeluarkan oleh Ibrahim bin al-Muftir di dalam kitab Wusul Thawab al-Quran Li al-Mayyit dan al-Muzaffar bin al-Husain di dalam kitab Fadha’il al-Quran daripada hadis Anas dan Abu Mansur al-Dailami daripada hadisnya dan juga hadis daripada Ibn Abbas. Kata al-‘Iraqi: Kesemuanya adalah daif lagi munkar dan tidak sahih pada menyatakan solat hari-hari minggu dan malamnya sesuatu pun.
RUJUKAN
Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.