TEKS BAHASA ARAB
من صلى ليلة الجمعة صلاة العشاء الآخرة في جماعة وصلى ركعتي السنة ثم صلى بعدهما عشر ركعات قرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وقل هو الله أحد والمعوذتين مرة مرة ثم أوتر بثلاث ركعات ونام على جنبه الأيمن ووجهه إلى القبلة فكأنما أحيا ليلة القدر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang solat isyak yang terakhir secara berjemaah pada malam Jumaat dan dia melakukan dua rakaat solat sunat. Kemudian dia melakukan selepas daripada kedua-duanya, solat sebanyak sepuluh rakaat dengan membaca setiap rakaat surah al-Fatihah, al-Ikhlas dan Mu’awwizatain (al-Falaq & al-Nas) sebanyak sekali, lalu dia menunaikan (solat) witir sebanyak tiga rakaat dan dia tidur mengiring ke kanan serta wajahnya menghadap ke arah kiblat, umpama dia telah menghidupkan malam al-Qadar.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيثُ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ صَلاةَ الْعِشَاءِ الآخِرَةِ فِي جَمَاعَةٍ وَصلى رَكْعَتي السّنة ثمَّ صلى بَعْدَهُمَا عَشْرَ رَكَعَاتٍ قَرَأَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ مَرَّةً مَرَّةً ثُمَّ أَوْتَرَ بِثَلاثِ رَكْعَاتٍ وَنَامَ عَلَى جَنْبِهِ الأَيْمَنِ وَوَجْهُهُ إِلَى الْقِبْلَةِ فَكَأَنَّمَا أَحْيَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ.
ذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ مِنْ رِوَايَةِ أَنَسٍ، قَالَ الْعِرَاقِيُّ: بَاطِلٌ لَا أصل لَهُ.
Hadis:
مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ صَلاةَ الْعِشَاءِ الآخِرَةِ فِي جَمَاعَةٍ وَصلى رَكْعَتي السّنة ثمَّ صلى بَعْدَهُمَا عَشْرَ رَكَعَاتٍ قَرَأَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ مَرَّةً مَرَّةً ثُمَّ أَوْتَرَ بِثَلاثِ رَكْعَاتٍ وَنَامَ عَلَى جَنْبِهِ الأَيْمَنِ وَوَجْهُهُ إِلَى الْقِبْلَةِ فَكَأَنَّمَا أَحْيَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ.
“Sesiapa yang solat isyak yang terakhir secara berjemaah pada malam Jumaat dan dia melakukan dua rakaat solat sunat. Kemudian dia melakukan selepas daripada kedua-duanya, solat sebanyak sepuluh rakaat dengan membaca setiap rakaat surah al-Fatihah, al-Ikhlas dan Mu’awwizatain (al-Falaq & al-Nas) sebanyak sekali, lalu dia menunaikan (solat) witir sebanyak tiga rakaat dan dia tidur mengiring ke kanan serta wajahnya menghadap ke arah kiblat umpama dia telah menghidupkan malam al-Qadar.”
Hadis ini disebutkan oleh al-Ghazali daripada riwayat Anas. Kata al-‘Iraqi hadis ini batil tiada asal baginya.
RUJUKAN
Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.