Sesiapa yang solat pada hari Jumaat di antara zuhur dan asar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الجمعة ما بين الظهر والعصر ركعتين يقرأ في أول ركعة فاتحة الكتاب وآية الكرسي مرة وخمسا وعشرين مرة قل أعوذ برب الفلق وفي الثانية يقرأ بفاتحة الكتاب وقل هو الله أحد وقل أعوذ برب الناس خمسا وعشرين مرة. فإذا سلم قال لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم خمسين مرة لا يخرج من الدنيا حتى يرى ربه عز وجل في المنام ويرى مكانه في الجنة أو ترى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Jumaat di antara zuhur dan asar sebanyak dua rakaat lalu dibaca pada rakaat yang pertama surah al-Fatihah dan ayat al-Kursi sebanyak sekali, dan dua puluh lima kali surah al-Falaq dan pada rakaat yang kedua dibaca surah al-Fatihah, al-Ikhlas dan juga al-Nas sebanyak dua puluh lima kali. Setelah memberi salam, dia berkata La hawla wala quwwata illa billah al-aliyyal azhim sebanyak lima puluh kali, dia tidak akan keluar daripada dunia ini sehingga dia melihat Tuhannya di dalam tidurnya serta dia melihat atau diperlihatkan kedudukannya di dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 56-57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حديث مَنْ صَلَّى يَوْمَ الْجُمُعَةِ مَا بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَآيَةَ الْكُرْسِيِّ مَرَّةً وَخَمْسًا وَعِشْرِينَ مَرَّةً قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَفِي الثَّانِيَةِ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَقل هُوَ الله أحد وَقل أعوذ بِرَبّ النَّاس خَمْسًا وَعِشْرِينَ مَرَّةً. فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ لَا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ خَمْسِينَ مَرَّةً لَا يَخْرُجُ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَرَى رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي الْمَنَامِ وَيَرَى مَكَانَهُ فِي الْجَنَّةِ أَوْ تُرَى لَهُ.
أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَقَالَ مَوْضُوعٌ وَفِيهِ مَجَاهِيلُ وَأَقَرَّهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيُّ وَغَيْرُهُ.

Hadis:
مَنْ صَلَّى يَوْمَ الْجُمُعَةِ مَا بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَآيَةَ الْكُرْسِيِّ مَرَّةً وَخَمْسًا وَعِشْرِينَ مَرَّةً قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَفِي الثَّانِيَةِ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَقل هُوَ الله أحد وَقل أعوذ بِرَبّ النَّاس خَمْسًا وَعِشْرِينَ مَرَّةً. فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ لَا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ خَمْسِينَ مَرَّةً لَا يَخْرُجُ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَرَى رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي الْمَنَامِ وَيَرَى مَكَانَهُ فِي الْجَنَّةِ أَوْ تُرَى لَهُ.
“Sesiapa yang solat pada hari Jumaat di antara zuhur dan asar sebanyak dua rakaat lalu dibaca pada rakaat yang pertama surah al-Fatihah dan ayat kursi sebanyak sekali, dan 25 kali surah al-Falaq dan pada rakaat yang kedua dibaca surah al-Fatihah, al-Ikhlas dan juga al-Nas sebanyak 25 kali. Setelah memberi salam, dia berkata La hawla wala quwwata illa billah al-aliyyal azhim sebanyak 50 kali, dia tidak akan keluar daripada dunia ini sehingga dia melihat Tuhannya di dalam tidurnya serta dia melihat atau diperlihatkan kedudukannya di dalam syurga.”
Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn al-Jauzi daripada hadis Ibn Abbas. Katanya hadis ini ialah hadis yang palsu dan padanya terdapat perawi-perawi yang majhul (tidak dikenali) dan ini dipersetujui oleh al-Suyuthi dan selain darinya.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.