Sesiapa yang solat pada malam Ahad sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة الأحد أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وخمس عشرة مرة قل هو الله أحد أعطاه الله يوم القيامة ثواب من قرأ القرآن عشر مرات وعمل بما في القرآن عشر مرات ويخرج يوم القيامة من قبره ووجهه مثل القمر ليلة البدر ويعطيه الله بكل ركعة ألف دار من الياقوت في كل دار بيت من المسك في كل بيت ألف سرير فوق كل سرير حوراء بين يد كل حوراء ألف وصيفة وألف وصيف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam Ahad sebanyak empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 15 kali, maka di hari kiamat kelak Allah akan berikan kepadanya pahala orang yang membaca Quran sepuluh kali dan pahala orang yang beramal dengan Quran sepuluh kali. Dia akan dibangkitkan dari kuburnya pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya seperti bulan purnama dan Allah akan memberinya bagi setiap rakaat yang ditunaikan seribu rumah daripada permata. Di setiap rumah ada bilik daripada kasturi dan di dalamnya ada seribu katil. Di atas setiap katil ada bidadari dan di tangan mereka ada seribu hamba lelaki dan perempuan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث؛ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الأَحَدِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً وَخَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ أَعْطَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوَابَ مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ عَشْرَ مَرَّاتٍ وَعَمِلَ بِمَا فِي الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ وَيَخْرُجُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ قَبْرِهِ وَوَجْهُهُ مِثْلُ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَيُعْطِيهِ اللَّهُ بِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ دَارٍ مِنَ الْيَاقُوتِ فِي كل دَار بَيْتٍ مِنَ الْمِسْكِ فِي كُلِّ بَيْتٍ أَلْفُ سَرِيرٍ فَوْقَ كُلِّ سَرِيرٍ حَوْرَاءُ بَيْنَ يَدِ كُلِّ حَوْرَاءَ أَلْفُ وَصِيفَةٍ وَأَلْفُ وَصِيفٍ.
أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ مَرْفُوعًا. هَذَا حَدِيثٌ مَوْضُوعٌ مُظْلَمُ إِسْنَادِهِ عَامَّةُ رِوَاتِهِ مَجْهُولُونَ، وَفَيهِ سَلَمَةُ بْنُ وَرْدَانَ لَيْسَ بِشَيْءٍ وَأَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عُمَرَ كَذَّابٌ كَذَا ذَكَرَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ والسيوطي وَغَيرهمَا.

Hadis :
من صلى ليلة الأحد أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وخمس عشرة مرة قل هو الله أحد أعطاه الله يوم القيامة ثواب من قرأ القرآن عشر مرات وعمل بما في القرآن عشر مرات ويخرج يوم القيامة من قبره ووجهه مثل القمر ليلة البدر ويعطيه الله بكل ركعة ألف دار من الياقوت في كل دار بيت من المسك في كل بيت ألف سرير فوق كل سرير حوراء بين يد كل حوراء ألف وصيفة وألف وصيف
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada malam Ahad sebanyak empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 15 kali maka di hari kiamat kelak, Allah akan berikan kepadanya pahala orang yang membaca Quran sepuluh kali dan pahala orang yang beramal dengan Quran sepuluh kali. Dia akan dibangkitkan dari kuburnya pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya seperti bulan purnama dan Allah akan memberinya bagi setiap rakaat yang ditunaikan seribu rumah daripada permata. Di setiap rumah ada bilik daripada kasturi dan di dalamnya ada seribu katil. Di atas setiap katil ada bidadari dan di tangan mereka ada seribu hamba lelaki dan perempuan.” Al-Jauzaqani merekodkan hadis ini daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Hadis ini ialah hadis yang palsu. Sanadnya diragui dan perawi-perawinya adalah majhul (tidak dikenali). Di dalam sanad ini ada seorang perawi yang bernama Salamah Bin Wardan. Dia ialah perawi yang lemah. Ahmad Bin Muhammad Bin Umar adalah seorang pendusta. Inilah yang disebutkan oleh Ibnu al-Jauzi, al-Suyuti dan lain-lain.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.