Sesiapa yang solat pada malam Isnin sebanyak enam rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة الاثنين ست ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وعشرين مرة قل هو الله أحد ويستغفر بعد ذلك سبع مرات أعطاه الله يوم القيامة ثواب ألف صديق وألف عابد وألف زاهد ويتوج يوم القيامة بتاج من نور يتلألأ ولا يخاف إذا خاف الناس ويمر على الصراط كالبرق الخاطف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam Isnin sebanyak enam rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 20 kali serta beristighfar sebanyak tujuh kali selepas selesai menunaikan solat, maka Allah memberikannya seribu pahala orang yang benar, pahala hamba dan seribu pahala orang yang zuhud. Dia akan dipakaikan dengan mahkota daripada cahaya yang berkelipan. Dia tidak takut pada hari manusia ketakutan dan dia akan melintasi titian sirat seperti kilat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث؛ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الاثْنَيْنِ سِتَّ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً وَعِشْرِينَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَيَسْتَغْفِرُ بَعْدَ ذَلِكَ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعْطَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوَابَ أَلْفِ صِدِّيقٍ وَأَلْفِ عَابِدٍ وَأَلْفِ زَاهِدٍ وَيُتَوَّجُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِتَاجٍ مِنْ نُورٍ يَتَلأْلأُ وَلا يَخَافُ إِذَا خَافَ النَّاسُ وَيَمُرُّ عَلَى الصِّرَاطِ كَالْبَرْقِ الْخَاطِفِ.
أخرجه الجوزقاني قَالَ ابْن الْجَوْزِيّ والسيوطي وَابْن عراق مَوْضُوع.

Hadis
من صلى ليلة الاثنين ست ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وعشرين مرة قل هو الله أحد ويستغفر بعد ذلك سبع مرات أعطاه الله يوم القيامة ثواب ألف صديق وألف عابد وألف زاهد ويتوج يوم القيامة بتاج من نور يتلألأ ولا يخاف إذا خاف الناس ويمر على الصراط كالبرق الخاطف
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada malam Isnin sebanyak enam rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 20 kali serta beristighfar sebanyak tujuh kali setelah selesai menunaikan solat, maka Allah memberikannya seribu pahala orang yang benar, pahala hamba dan seribu pahala orang yang zuhud. Dia akan dipakaikan dengan mahkota daripada cahaya yang berkelipan. Dia tidak takut pada hari manusia ketakutan dan dia akan melintasi titian sirat seperti kilat.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Jauzaqani. Ibnu al-Jauzi, al-Suyuti dan Ibnu Iraq mengatakan bahawa ia hadis yang palsu.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs