Sesiapa yang solat pada malam Ahad 20 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة الأحد عشرين ركعة يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وقل هو الله أحد خمسين مرة والمعوذتين مرة واستغفر الله مائة مرة واستغفر لنفسه ولوالديه مائة مرة وصلى على النبي مائة مرة وتبرأ من حوله وقوته والتجأ إلى الله ثم قال أشهد ألا إله إلا الله وأشهد أن آدم صفوة الله وفطرته وإبراهيم خليل الله وموسى كليم الله وعيسى روح الله ومحمدا حبيب الله كان له من الثواب بعدد من ادعى لله ولدا ومن لم يدع لله ولدا وبعثه الله يوم القيامة مع الآمنين وكان حقا على الله أن يدخله الجنة مع النبيين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam Ahad 20 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah dan surah al-Ikhlas 15 kali, surah al-Falaq dan surah al-Nas sekali, istighfar 100 kali, dia beristighfar untuk dirinya dan kedua ibu bapanya seratus kali, selawat ke atas Nabi seratus kali dan dia meminta pertolongan kepada Allah kemudian dia berkata: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Adam ialah pilihan Allah, Ibrahim ialah khalilullah dan Musa ialah Kalimullah, Isa ialah ruh Allah dan Muhammad ialah kekasih Allah, dia akan mendapat pahala sebanyak orang yang mendakwa Allah mempunyai anak dan yang tidak mendakwa Allah mempunyai anak. Allah juga akan bangkitkannya pada hari kiamat bersama orang yang selamat. Sudah menjadi hak Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga bersama para Nabi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث؛ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الأَحَدِ عِشْرِينَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ، وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسِينَ مَرَّةً وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ مَرَّةً وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ مِائَةَ مَرَّةٍ وَاسْتَغْفَرَ لِنَفْسِهِ وَلِوَالِدَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ مِائَةَ مَرَّةٍ وَتَبَرَّأَ مِنْ حَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ وَالْتَجَأَ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ قَالَ: أَشْهَدُ أَلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ آدَمَ صَفْوَةُ اللَّهِ وَفِطْرَتُهُ وَإِبْرَاهِيمُ خَلِيلُ اللَّهِ، وَمُوسَى كَلِيمُ اللَّهِ، وَعِيسَى روح الله ومحمدا حَبِيبُ اللَّهِ كَانَ لَهُ مِنَ الثَّوَابِ بِعَدَدِ مَنِ ادَّعَى لِلَّهِ وَلَدًا وَمَنْ لَمْ يَدَّعِ لِلَّهِ وَلَدًا وَبَعَثَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الآمِنِينَ وَكَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ مَعَ النَّبِيِّينَ.
ذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ فِي إِحْيَاءِ الْعُلُومِ مَنْسُوبًا إِلَى أَنَسٍ. قَالَ الْعِرَاقِيُّ فِي تَخْرِيجِ أَحَادِيثِهِ ذَكَرَهُ أَبُو مُوسَى الْمَدِينِيُّ بِغَيْرِ إِسْنَادٍ وَهُوَ مُنكر، وروى أَبُو مُوسَي الَمَدِينِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ فِي فَضْلِ الصَّلاةِ فِيهَا سِتُّ رَكْعَاتٍ وَأَرْبَعُ رَكْعَاتٍ وَكِلاهُمَا ضَعِيف جدا انْتهى.

Hadis:
من صلى ليلة الأحد عشرين ركعة يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وقل هو الله أحد خمسين مرة والمعوذتين مرة واستغفر الله مائة مرة واستغفر لنفسه ولوالديه مائة مرة وصلى على النبي مائة مرة وتبرأ من حوله وقوته والتجأ إلى الله ثم قال أشهد ألا إله إلا الله وأشهد أن آدم صفوة الله وفطرته وإبراهيم خليل الله وموسى كليم الله وعيسى روح الله ومحمدا حبيب الله كان له من الثواب بعدد من ادعى لله ولدا ومن لم يدع لله ولدا وبعثه الله يوم القيامة مع الآمنين وكان حقا على الله أن يدخله الجنة مع النبيين
Maksudnya: “Sesiapa yang solat pada malam Ahad 20 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah dan surah al-Ikhlas 15 kali, surah al-Falaq dan surah al-Nas sekali, beristighfar seratus kali, dia beristighfar untuk dirinya dan kedua ibu bapanya seratus kali, selawat ke atas Nabi seratus kali dan dia meminta pertolongan kepada Allah kemudian dia berkata: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Adam ialah pilihan Allah, Ibrahim ialah khalilullah dan Musa ialah Kalimullah, Isa ialah ruh Allah dan Muhammad ialah kekasih Allah, dia akan mendapat pahala sebanyak orang yang mendakwa Allah mempunyai anak dan yang tidak mendakwa Allah mempunyai anak. Allah juga akan bangkitkannya pada hari kiamat bersama orang yang selamat. Sudah menjadi hak Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga bersama para Nabi.”
Al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumiddin menyebut hadis ini yang dinisbahkan kepada Anas. Al-Iraqi berkata di dalam takhrijnya terhadap hadis-hadis di dalam kitab Ihya’: “Abu Musa Al-Madini menyebutnya tanpa sanad dan dia adalah seorang perawi yang munkar. Abu Musa Al-Madini meriwayatkan daripada Anas tentang kelebihan solat pada hari Ahad sebanyak enam rakaat dan empat rakaat. Kedua-duanya ialah riwayat yang tersangat lemah.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.