Sesiapa yang memasuki masjid pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

من دخل الجامع يوم الجمعة فصلى أربع ركعات قبل صلاة الجمعة يقرأ في كل ركعة الحمد لله وقل هو الله أحد خمسين مرة لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة أو يرى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memasuki masjid pada hari Jumaat lalu dia solat sebanyak empat rakaat sebelum daripada solat Jumaat yang dibaca pada setiap rakaat al-Fatihah dan al-Ikhlas sebanyak 50 kali, dia tidak akan mati sehingga dia melihat kedudukannya di syurga atau diperlihatkan baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ مَنْ دَخَلَ الْجَامِعَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ قَبْلَ صَلاةِ الْجُمُعَةِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ الْحَمد لله وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسِينَ مَرَّةً لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ أَوْ يُرَى لَهُ.
ذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ مِنْ رِوَايَةِ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ الْعِرَاقِيُّ: أخرجه الدَّارقطني من غرائب مَالك والخطيب فِي الروَاة عَن مَالك. قَالَ الدَّارقطني لَا يَصِحُّ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَحَدُ رُوَاتِهِ مَجْهُولٌ. وَقَالَ الْخَطِيب غَرِيب جدا انْتهى.

Hadis:
مَنْ دَخَلَ الْجَامِعَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ قَبْلَ صَلاةِ الْجُمُعَةِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ الْحَمد لله وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسِينَ مَرَّةً لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ أَوْ يُرَى لَهُ.
“Sesiapa yang memasuki masjid pada hari Jumaat lalu dia solat sebanyak empat rakaat sebelum daripada solat Jumaat yang dibaca pada setiap rakaat al-Fatihah dan al-Ikhlas sebanyak 50 kali, dia tidak akan mati sehingga dia melihat kedudukannya di syurga atau diperlihatkan baginya.”
Hadis ini disebutkan oleh al-Ghazali daripada riwayat Nafi’ daripada Ibn ‘Umar. Kata al-‘Iraqi: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada ghara’ib Malik dan al-Khatib ketika menjelaskan perawi-perawi daripada Malik. Kata al-Daraqutni: Tidak sahih dan Abdullah bin Wahab adalah salah seorang perawi Malik yang majhul (tidak dikenali). Kata al-Khatib: Hadis ini terlalu gharib (ganjil).

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.