Sesiapa yang solat pada hari Isnin 12 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الاثنين اثنتي عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وآية الكرسي مرة فإذا فرغ قرأ قل هو الله أحد اثنتي عشرة مرة واستغفر اثنتي عشرة مرة ينادى به يوم القيامة أين فلان بن فلان ليقم فليأخذ ثوابه فأول ما يعطى ألف حلة ويتوج ويقال له إدخل الجنة فيستقبله مائة ألف ملك مع كل ملك هدية يشيعونه حتى يدور على ألف قصر من نور يتلألأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Isnin 12 rakaat lalu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan ayat kursi sekali, apabila selesai menunaikannya dia membaca pula surah al-Ikhlas 12 kali dan beristighfar 12 kali, maka pada hari kiamat nanti dia akan diseru: Di mana fulan bin fulan? Bangunlah dan ambillah ganjarannya. Perkara pertama yang diberikan adalah seribu pakaian dan akan dipakaikan dengan mahkota. Dikatakan kepadanya: Masuklah syurga. Lantas dia disambut oleh seribu malaikat dan bersama setiap malaikat ada hadiah. Malaikat-malaikat itu akan mengiringinya sehinggalah dia mengelilingi seribu istana yang diperbuat daripada cahaya yang bersinar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 52-53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ مَنْ صَلَّى يَوْمَ الاثْنَيْنِ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابَ وَآيَةَ الْكُرْسِيَّ مَرَّةً، فَإِذَا فَرَغَ قَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ مَرَّةً وَاسْتَغْفَرَ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ مَرَّةً يُنَادَى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ فُلانُ بْنُ فُلانٍ لِيَقُمْ فَلْيَأْخُذْ ثَوَابَهُ فَأَوَّلُ مَا يُعْطَى أَلْفُ حُلَّةٍ وَيُتَوَّجُ وَيُقَالُ لَهُ ادْخُلِ الْجَنَّةَ فَيَسْتَقْبِلُهُ مِائَةُ أَلْفِ مَلَكٍ مَعَ كُلِّ مَلَكٍ هَدِيَّةٌ يُشَيِّعُونَهُ حَتَّى يَدُورَ عَلَى أَلْفِ قَصْرٍ مِنْ نُورٍ يَتَلأْلأُ.
ذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ فِي إِحْيَاءِ الْعُلُومِ مَنْسُوبًا إِلَى أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. قَالَ الْعِرَاقِيُّ فِي تَخْرِيجِهِ ذَكَرَهُ أَبُو مُوسَي الْمَدِينِيُّ وَهُوَ مُنْكَرٌ جدا.

Hadis :
من صلى يوم الاثنين اثنتي عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وآية الكرسي مرة فإذا فرغ قرأ قل هو الله أحد اثنتي عشرة مرة واستغفر اثنتي عشرة مرة ينادى به يوم القيامة أين فلان بن فلان ليقم فليأخذ ثوابه فأول ما يعطى ألف حلة ويتوج ويقال له ادخل الجنة فيستقبله مائة ألف ملك مع كل ملك هدية يشيعونه حتى يدور على ألف قصر من نور يتلألأ
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada hari Isnin 12 rakaat lalu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan ayat kursi sekali. Apabila selesai menunaikannya dia membaca pula surah al-Ikhlas 12 kali dan beristighfar 12 kali. Maka pada hari kiamat nanti dia akan diseru: Di mana fulan bin fulan? Bangunlah dan ambillah ganjarannya. Perkara pertama yang diberikan ialah seribu pakaian dan akan dipakaikan dengan mahkota. Dikatakan kepadanya: Masuklah syurga. Lantas dia disambut oleh seribu malaikat dan bersama setiap malaikat ada hadiah. Malaikat-malaikat itu akan mengiringinya sehinggalah dia mengelilingi seribu istana yang diperbuat daripada cahaya yang bersinar.”
Al-Ghazali menyebutnya di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin yang dinisbahkan kepada Anas R.A. Al-Iraqi berkata di dalam takhrijnya terhadap hadis-hadis Ihya’: Abu Musa Al-Madini menyebutkan hadis ini. Hadis terlalu munkar.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs