Barang siapa yang mengangkat empat bucu katil (keranda)

TEKS BAHASA ARAB

من حمل جوانب السرير الأربع، كفر الله عنه أربعين كبيرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengangkat empat bucu katil (keranda), Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak empat puluh dosa besar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis nombor 8684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من حمل جوانبَ السريرِ الأربعِ، كَفَّر اللهُ عنه أربعينَ كبيرةً.)) [عد، طس، ((الضعيفة)) (1891)].

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ -disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mengangkat empat bucu katil (keranda), Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak empat puluh dosa besar.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1891].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs