Siapa yang solat pada hari Isnin sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الاثنين أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة وآية الكرسي مرة وقل هو الله أحد مرة وقل أعوذ برب الفلق مرة وقل أعوذ برب الناس مرة وإذا سلم استغفر الله عشر مرات وصلى على رسول الله عشر مرات غفرت ذنوبه كلها وأعطاه الله قصرا في الجنة من درة بيضاء في جوف القصر سبعة أبيات طول كل بيت ثلاثة آلاف ذراع وعرضه مثل ذلك البيت الأول من فضة بيضاء والبيت الثاني من ذهب والبيت الثالث من لؤلؤ والبيت الرابع من الزمرد والبيت الخامس من زبرجد والبيت السادس من در والبيت السابع من نور يتلألأ وأبواب البيوت من العنبر على كل باب ألف ستر من زعفران وفي كل بيت ألف سرير من كافور فوق كل سرير ألف فراش فوق كل فراش حوراء خلقها الله من أطيب الطيب من لدن رجليها إلى ركبتيها من الزعفران الرطب ومن لدن ركبتها إلى ثدييها من المسك الأذفر ومن لدن ثدييها إلى عنقها من العنبر الأشهب ومن لدن عنقها إلى مفرق رأسها من الكافور الأبيض على كل واحد منهن ألف حلة من حلل الجنة كأحسن ما رأيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang solat pada hari Isnin sebanyak empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali, ayat kursi sekali, surah al-Ikhlas sekali, surah al-Falaq sekali dan surah al-Nas sekali, jika dia telah memberi salam, dia beristighfar sepuluh kali dan selawat ke atas Nabi sepuluh kali, maka akan diampunkan keseluruhan dosanya. Allah akan mengurniakannya istana di syurga daripada permata putih. Di dalam istana tersebut ada tujuh buah rumah. Setiap rumah tersebut panjangnya adalah sebanyak tiga ribu hasta. Begitu juga lebarnya. Rumah pertama diperbuat dari perak putih. Rumah kedua daripada emas. Rumah ketiga daripada intan. Rumah yang keempat diperbuat daripada zamrud. Rumah yang kelima diperbuat daripada batu zabarjad (peridot). Rumah yang keenam diperbuat daripada permata dan rumah yang ketujuh diperbuat daripada cahaya yang bersinar. Pintu setiap rumah itu diperbuat daripada ambergris. Di setiap pintu itu ada seribu tabir yang diperbuat dari za’faran (safron). Di dalam setiap rumah ada katil yang diperbuat daripada kapur barus. Di atas katil itu ada seribu tilam. Di atas setiap tilam ada bidadari yang Allah ciptakan daripada bau-bauan yang wangi bermula daripada kakinya sampainya ke lututnya adalah dari za’faran. Dari lutut ke putingnya adalah dari kasturi azfar. Dari puting ke leher adalah dari ambergris. Dari leher ke tengkuknya diperbuat dari kapur barus putih. Di badan setiap mereka ada seribu pakaian dari pakaian syurga. Ia adalah yang terbaik yang pernah aku lihat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 51-52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من صلى يوم الاثنين أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة وآية الكرسي مرة وقل هو الله أحد مرة وقل أعوذ برب الفلق مرة وقل أعوذ برب الناس مرة وإذا سلم استغفر الله عشر مرات وصلى على رسول الله عشر مرات غفرت ذنوبه كلها وأعطاه الله قصرا في الجنة من درة بيضاء في جوف القصر سبعة أبيات طول كل بيت ثلاثة آلاف ذراع وعرضه مثل ذلك البيت الأول من فضة بيضاء والبيت الثاني من ذهب والبيت الثالث من لؤلؤ والبيت الرابع من الزمرد والبيت الخامس من زبرجد والبيت السادس من در والبيت السابع من نور يتلألأ وأبواب البيوت من العنبر على كل باب ألف ستر من زعفران وفي كل بيت ألف سرير من كافور فوق كل سرير ألف فراش فوق كل فراش حوراء خلقها الله من أطيب الطيب من لدن رجليها إلى ركبتيها من الزعفران الرطب ومن لدن ركبتها إلى ثدييها من المسك الأذفر ومن لدن ثدييها إلى عنقها من العنبر الأشهب ومن لدن عنقها إلى مفرق رأسها من الكافور الأبيض على كل واحد منهن ألف حلة من حلل الجنة كأحسن ما رأيت.
َأخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ طَاهِرٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَحْمَدَ الْبَزَّارِ عَنِ الْمُخَلِّصِ عَنِ الْبَغَوِيِّ عَنْ مُصْعَبٍ عَنْ مَالِكٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ مَرْفُوعًا، وَأَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ فِي كِتَابِ الْمَوْضُوعَاتِ مِنْ طَرِيقِهِ وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ ابْنِ بنْدَار عَن المخلص بِسَنَدِهِ الْمَذْكُورِ، وَاتّهَمَ بِهِ الْجَوْزَقَانِيُّ قَائِلا الْمُتَّهم بِهِ الْجَوْزَقَانِيُّ لأَنَّ الإِسْنَادَ كُلَّهُ ثِقَاتٌ وَإِنَّمَا هُوَ الَّذِي وَضَعَ هَذَا وَعَمَلَ هَذِهِ الصَّلَوَاتِ. وَقَدْ ذَكَرَ الثُّلاثَاءَ وَمَا بَعْدَهُ، فَأَضْرَبْتُ عَنْ سَيِّئَاتِهِ إِذْ لَا فَائِدَةَ مِنْ تَضْيِيعِ الزَّمَانِ بِمَا لَا يَخْفَى وَضْعُهُ، وَلَقَدْ كَانَ لِهَذَا الرَّجُلِ حَظٌّ عَظِيمٌ مِنْ عِلْمِ الْحَدِيثِ، فَسُبْحَانَ مَنْ يَطْمِسُ عَلَى الْقُلُوب. انْتهى.
وَقَالَ الْحَافِظ ابْن حجر فِي لِسَان الْمِيزَان: الْعجب من ابْن الْجَوْزِيّ يتهم بِوَضْع هَذَا الْمَتْن على هَذَا الْإِسْنَاد الجوزقاني ويسوقه من طَريقَة الَّذِي هُوَ عِنْده مركب ثُمَّ يعليه بِالْإِجَازَةِ، عَن على بْن عبيد الله وَهُوَ ابْن الزغوني عَن عَليّ بْن بنْدَار وَلَو كَانَ حدث بِهِ لَكَانَ على شَرط الصَّحِيح إِذْ لم يبْق للجوزقاني الَّذِي اتهمه بِهِ فِي الْإِسْنَاد مدْخل وَهَذِه غَفلَة عَظِيمَة فَلَعَلَّ الجوزقاني دخل عَلَيْهِ إِسْنَاد فِي إِسْنَاد لِأَنَّهُ كَانَ قَلِيل الْخِبْرَة بأحوال الْمُتَأَخِّرين وَجعل اعْتِمَاده فِي كتاب الأباطيل عَن الْمُتَقَدِّمين إِلَي عهد ابْن حبَان، وَأما من تَأَخّر عَنهُ فيعل الحَدِيث بِأَن رُوَاته مَجَاهِيل، وَقد يكون أَكْثَرهم مشاهير وَعَلِيهِ فِي كثير مِنْهُ مناقشات انْتهى.

Hadis :
من صلى يوم الاثنين أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة وآية الكرسي مرة وقل هو الله أحد مرة وقل أعوذ برب الفلق مرة وقل أعوذ برب الناس مرة وإذا سلم استغفر الله عشر مرات وصلى على رسول الله عشر مرات غفرت ذنوبه كلها وأعطاه الله قصرا في الجنة من درة بيضاء في جوف القصر سبعة أبيات طول كل بيت ثلاثة آلاف ذراع وعرضه مثل ذلك البيت الأول من فضة بيضاء والبيت الثاني من ذهب والبيت الثالث من لؤلؤ والبيت الرابع من الزمرد والبيت الخامس من زبرجد والبيت السادس من در والبيت السابع من نور يتلألأ وأبواب البيوت من العنبر على كل باب ألف ستر من زعفران وفي كل بيت ألف سرير من كافور فوق كل سرير ألف فراش فوق كل فراش حوراء خلقها الله من أطيب الطيب من لدن رجليها إلى ركبتيها من الزعفران الرطب ومن لدن ركبتها إلى ثدييها من المسك الأذفر ومن لدن ثدييها إلى عنقها من العنبر الأشهب ومن لدن عنقها إلى مفرق رأسها من الكافور الأبيض على كل واحد منهن ألف حلة من حلل الجنة كأحسن ما رأيت
Maksudnya : “ Siapa yang solat pada hari Isnin sebanyak empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali, ayat kursi sekali, surah al-Ikhlas sekali, surah al-Falaq sekali dan surah al-Nas sekali, jika dia telah memberi salam, dia beristighfar sepuluh kali dan selawat ke atas Nabi sepuluh kali, maka akan diampunkan keseluruhan dosanya. Allah akan mengurniakannya istana di syurga daripada permata putih. Di dalam istana tersebut ada tujuh buah rumah. Setiap rumah tersebut panjangnya adalah sebanyak tiga ribu hasta. Begitu juga lebarnya. Rumah pertama diperbuat dari perak putih. Rumah kedua daripada emas. Rumah ketiga daripada intan. Rumah yang keempat diperbuat daripada zamrud. Rumah yang kelima diperbuat daripada batu zabarjad (peridot). Rumah yang keenam diperbuat daripada permata dan rumah yang ketujuh diperbuat daripada cahaya yang bersinar. Pintu setiap rumah itu diperbuat daripada ambergris. Di setiap pintu itu ada seribu tabir yang diperbuat dari za’faran (safron). Di dalam setiap rumah ada katil yang diperbuat daripada kapur barus. Di atas katil itu ada seribu tilam. Di atas setiap tilam ada bidadari yang Allah ciptakan daripada bau-bauan yang wangi bermula daripada kakinya sampainya ke lututnya adalah dari za’faran. Dari lutut ke putingnya adalah dari Kasturi Azfar. Dari puting ke leher adalah dari ambergris. Dari leher ke tengkuknya diperbuat dari kapur barus putih. Di badan setiap mereka ada seribu pakaian dari pakaian syurga. Ia adalah yang terbaik yang pernah aku lihat.”
Al-Jauzaqani meriwayatkannya daripada Muhammad Bin Tohir daripada Ali Bin Ahmad al-Bazzar daripada al-Mukhlis daripada al-Baghawi daripada Mus’ab daripada Malik daripada Ibnu Syuhab daripada Salim daripada Ibnu Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Ibnu al-Jauzi pula meriwayatkan hadis ini di dalam kitabnya al-Maudhu’at dengan jalannya sendiri dan juga daripada Ali Bin Abdullah daripada Ibnu Bundar daripada Al-Mukhlis dengan sanadnya yang telah disebutkan.
Al-Jauzaqani ditohmah sebagai pendusta. Ini kerana kesemua perawi yang ada di dalam sanad ini ialah perawi yang dipercayai. Akan tetapi al-Jauzaqani yang memalsukan hadis ini dan mereka-reka solat ini. Dia telah menyebut tentang solat hari Selasa dan seterusnya. Maka dia dihukum atas keburukannya. Oleh itu tiada faedah membazirkan masa untuk perkara yang sudah terang kepalsuannya. Lelaki ini mempunyai kepakaran di dalam ilmu hadis. Maha Suci Tuhan yang membutakan hati-hati manusia.
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata di dalam kitabnya Lisan al-Mizan: Yang ajaibnya, Ibnu al-Jauzi menuduh al-Jauzaqani memalsukan hadis dengan meletakkan sanad ini. Dan dia menukilkan dengan jalannya sendiri yang ada di tangannya yang telah dicampur aduk kemudian dia menjadikan ia sebagai sanad ‘ali (lebih pendek) dengan ijazah. Daripada Ali Bin Ubaidullah yang dikenali sebagai Ibn al-Zaghuni daripada Ali Bin Bandar. Jika dia meriwayatkannya maka ia berada di dalam syarat hadis sahih. Oleh itu tiada lagi ruang untuk al-Jauzaqani untuk sebagai pemalsu sanad. Ini adalah satu kelalaian yang besar. Bekemungkinan al-Jauzaqani keliru sehingga memasukkan satu sanad kepada sanad yang lain kerana beliau kurang pakar tentang hal ehwal perawi terkemudian. Dan dia berpegang dengan mutaqaddimin (ulama terdahulu) sehingga zaman Ibnu Hibban di dalam kitabnya al-Abatil. Adapun selepas itu, beliau melemahkan hadis kerana perawi-perawinya majhul (tidak dikenali). Sedangkan kebanyakan perawi ialah perawi yang masyhur. Oleh itu, banyak perbincangan pada kebanyakan perkara itu.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs