Sesiapa yang solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الأحد أربع ركعات بتسليمة واحدة يقرأ في كل ركعة الحمد مرة وآمن الرسول إلى آخرها كتب الله له بكل نصراني ونصرانية ألف حجة وألف عمرة وبكل ركعة ألف صلاة وجعل بينه وبين النار ألف خندق وفتح له ثمانية أبواب الجنة يدخل من أيها شاء وقضى حوائجه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dan satu salam, dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali kemudian ayat وآمن الرسول sehingga akhir, maka Allah akan tuliskan untuknya bagi setiap Nasrani dan Yahudi seribu pahala haji dan umat bagi setiap rakaat pahala seribu solat. Dan dijadikan di antara dia dan neraka seribu parit. Allah juga akan bukakan untuknya lapan pintu syurga. Dia boleh masuk pintu mana yang dia suka dan akan ditunaikan hajatnya pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث؛ من صلى يَوْم الْأَحَد أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ بِتَسْلِيمَةٍ وَاحِدَةٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ الْحَمْدَ مَرَّةً وآمن الرَّسُول إِلَى آخِرِهَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ نَصْرَانِيٍّ وَنَصْرَانِيَّةٍ أَلْفَ حِجَّةٍ وَأَلْفَ عُمْرَةٍ وَبِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ صَلاةٍ وَجَعَلَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ أَلْفَ خَنْدَقٍ وَفَتَحَ لَهُ ثَمَانِيَةَ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ وَقَضَى حَوَائِجَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِى هُرَيْرَةَ. هَذَا مَوْضُوعٌ فِي إِسْنَادِهِ مَجَاهِيلُ. قَالَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ وَالسُّيُوطِيُّ وَغَيْرُهُمَا وَذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ فِي الإِحْيَاءِ بِلَفْظٍ كُتِبَ لَهُ بِكُلِّ نَصْرَانِيٍّ وَنَصْرَانِيَّةٍ حَسَنَاتٌ وَأَعْطَاهُ اللَّهُ ثَوَابَ نَبِيٍّ وَكَتَبَ لَهُ حَجَّةٌ وَعُمْرَةٌ وَكَتَبَ لَهُ بِكُلِّ رَكْعَةِ أَلْفَ صَلاةٍ وَأَعْطَاهُ اللَّهُ فِي الْجَنَّةِ بِكُلِّ حَرْفٍ مَدِينَةً مِنْ مِسْكٍ أَذْفَرَ. قَالَ الْعِرَاقِيُّ رَوَاهُ أَبُو مُوسَي الَمَدِينِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِى هُرَيْرَةَ بِسَنَدٍ ضَعِيفٍ، وَأَلانَ الْحَافِظُ أَبُو مُوسَي الْقَوْلَ فِي تَضْعِيفِهِ، وَهُوَ كذب مَوْضُوع انْتهى.

Hadis :
من صلى يوم الأحد أربع ركعات بتسليمة واحدة يقرأ في كل ركعة الحمد مرة وآمن الرسول إلى آخرها كتب الله له بكل نصراني ونصرانية ألف حجة وألف عمرة وبكل ركعة ألف صلاة وجعل بينه وبين النار ألف خندق وفتح له ثمانية أبواب الجنة يدخل من أيها شاء وقضى حوائجه يوم القيامة
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dan satu salam, dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali kemudian ayat وآمن الرسول sehingga akhir maka Allah akan tuliskan untuknya bagi setiap Nasrani dan Yahudi seribu pahala haji dan umrah bagi setiap rakaat pahala seribu solat. Dan dijadikan di antara dia dan neraka seribu parit. Allah juga akan bukakan untuknya lapan pintu syurga. Dia boleh masuk melalui pintu mana yang dia suka dan akan ditunaikan hajatnya pada hari kiamat.”
Al-Jauzaqani meriwayatkan hadis ini daripada Abu Hurairah.
Hadis ini sebenarnya ialah palsu dan sanadnya penuh dengan perawi majhul (tidak dikenali). Ia merupakan pandangan Ibnu al-Jauzi, al-Suyuti dan lain-lain. Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin menyebut hadis ini dengan lafaz yang lain iaitu:
كتب له بكل نصراني ونصرانية حسنات وأعطاه الله ثواب نبي وكتب له حجة وعمرة وكتب له بكل ركعة ألف صلاة وأعطاه الله في الجنة بكل حرف مدينة من مسك أذفر
Maksudnya : “Ditulis untuknya bagi setiap Nasrani kebaikan-kebaikan dan Allah akan berikan kepadanya pahala seorang Nabi. Dituliskan untuknya pahala haji dan umrah dan setiap rakaat bersamaan pahala seribu solat. Allah akan mengurniakan kepadanya bagi setiap huruf kota daripada kasturi azfar.”
Al-Iraqi berkata: Abu Musa Al-Madini meriwayatkan hadis ini daripada Abu Hurairah dengan sanad yang lemah. Al-Hafiz Abu Musa al-Madini melemahkan pendapat yang mendaifkannya kerana ia ialah pembohongan dan palsu.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.