Sesiapa yang solat pada malam Ahad sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة الأحد أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمسين مرة حرم الله لحمه على النار وبعثه الله يوم القيامة وهو آمن من العذاب ويحاسب حسابا يسيرا ويمر على الصراط كالبرق اللامع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam Ahad sebanyak empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas l15 kali maka Allah akan haramkan dagingnya dari api neraka. Allah akan bangkitkannya pada hari kiamat kelak dalam keadaan dia selamat daripada azab dan akan dihisab dengan hisab yang mudah serta akan melintasi titian sirat seperti kilat yang bersinar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ؛ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الأَحَدِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسِينَ مَرَّةً حَرَّمَ اللَّهُ لَحْمَهُ عَلَى النَّارِ وَبَعَثَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهُوَ آمِنٌ مِنَ الْعَذَابِ وَيُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا وَيَمُرُّ عَلَى الصِّرَاطِ كَالْبَرْقِ اللامِعِ.
أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ. هَذَا حَدِيثٌ مَوْضُوعٌ فِي سَنَدِهِ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عُمَرَ كَذَّابٌ وَمَجْهُولانِ. كَذَا ذَكَرَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ وَالسُّيُوطِيُّ وَغَيرهمَا.

Hadis :
من صلى ليلة الأحد أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمسين مرة حرم الله لحمه على النار وبعثه الله يوم القيامة وهو آمن من العذاب ويحاسب حسابا يسيرا ويمر على الصراط كالبرق اللامع
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada malam Ahad sebanyak empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 15 kali, maka Allah akan haramkan dagingnya ke atas api neraka. Allah akan bangkitkannya pada hari kiamat kelak dalam keadaan dia selamat daripada azab dan akan dihisab dengan hisab yang mudah serta akan melintasi titian sirat seperti kilat yang bersinar.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Abu Sa’id al-Khudri. Hadis ini ialah hadis yang palsu. Di dalam sanadnya ada Ahmad bin Muhammad Bin Umar yang merupakan seorang pendusta dan dua perawi yang majhul (tidak dikenali). Inilah yang disebutkan oleh Ibnu al-Jauzi, al-Suyuti dan selain mereka.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs