Sesiapa yang solat di malam nifsu Syaaban 300 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

 مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانِ ثَلاَثُ مِئَةِ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ ثَلاثِينَ مَرَّةً {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} شَفَّعَ فِي عَشْرَةٍ قَدِ اسْتَوْجَبُوا النَّارَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat di malam nifsu Syaaban 300 rakaat dan membaca pada tiap rakaatnya 30 kali (Qul Huwallahu Ahad), dia akan diberi syafaat iaitu menyelamatkan 10 orang daripada kalangan ahli keluarganya yang masuk neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah hadis tentang kelebihan solat malam nisfu Syaaban. Seperti hadis: ….

… Hadis lain:
مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانِ ثَلاَثُ مِئَةِ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ ثَلاثِينَ مَرَّةً {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} شَفَّعَ فِي عَشْرَةٍ قَدِ اسْتَوْجَبُوا النَّارَ

Sesiapa yang solat di malam nifsu Syaaban 300 rakaat dan membaca pada tiap rakaatnya 30 kali (Qul Huwallahu Ahad), dia akan diberi syafaat iaitu menyelamatkan 10 orang daripada kalangan ahli keluarganya yang masuk neraka.”
Pelbagai lagi hadis yang tidak sahih mengenai nifsu Syaaban.
—————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (2/443). Rujuk al-Lali’ al-Masnu’ah (2/59) dan Tanzih asy-Syariat (2/93).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon