Sesiapa yang pada setiap kali dia mendengar bersin dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas setiap keadaan yang berlaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال عند [كل] عطسة يسمعها: الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان؛ لم يجد وجع الضرس ولا الأذن أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang pada setiap kali dia mendengar bersin dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas setiap keadaan yang berlaku", nescaya dia tidak akan mendapati sakit gigi geraham dan tidak juga (sakit) telinga buat selama-lamanya.

STATUS

Mawquf lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238, hadis nombor 1246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف) عن علي – رضي الله عنه -، قال: «من قال عند [كل] عطسة يسمعها: الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان؛ لم تجد وجع الضرس ولا الأذن أبداً». [ش، خد، ك، «الضعيفة» (6138)].

(Mawquf Lemah) Daripada Ali RA, beliau berkata: "Sesiapa yang pada setiap kali dia mendengar bersin dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas setiap keadaan yang berlaku", nescaya dia tidak akan mendapati sakit gigi geraham dan tidak juga (sakit) telinga buat selama-lamanya". [Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam Musannafnya, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah; no. 6138].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.