Sesiapa yang tidak memuji Allah untuk amalan soleh yang dia kerjakan namun dia memuji dirinya, nescaya berkuranglah sifat syukurnya dan terhapuslah amalannya

TEKS BAHASA ARAB

من لم يحمد الله على ما عمل من عمل صالح، وحمد نفسه؛ قل شكره وحبط عمله، ومن زعم أن الله جعل للعباد من الأمر شيئا؛ فقد كفر بما أنزل الله على أنبيائه؛ لقوله: {ألا له الخلق والأمر تبارك الله رب العالمين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak memuji Allah untuk amalan soleh yang dia kerjakan namun dia memuji dirinya, nescaya berkuranglah sifat syukurnya dan terhapuslah amalannya. Manakala sesiapa yang menyangka bahawa Allah menjadikan bagi para hamba ini apa-apa bahagian daripada urusan, maka dia telah kufur dengan apa yang Allah turunkan kepada para nabi-Nya. Berdasarkan firman-Nya: {Ketahuilah bahawa milik Allah lah segala penciptaan dan urusan. Maha berkat Allah Tuhan sekalian alam}.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238, hadis nombor 1247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد العزيز الشامي عن أبيه – وكانت له صحبة -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «من لم يحمد الله على ما عمل من عمل صالح، وحمد نفسه؛ قل شكره وحبط عمله، ومن زعم أن الله جعل للعباد من الأمر شيئاً، فقد كفر بما أنزل على أنبيائه؛ لقوله: {ألا له الخلق والأنر تبارك الله رب العالمين}». [ابن جرير، «الضعيفة» (6064)].

(Palsu) Daripada ‘Abd al-‘Aziz al-Shami, daripada bapanya – yang merupakan seorang sahabat -, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang tidak memuji Allah untuk amalan soleh yang dia kerjakan namun dia memuji dirinya, nescaya berkuranglah sifat syukurnya dan terhapuslah amalannya. Manakala sesiapa yang menyangka bahawa Allah menjadikan bagi para hamba ini apa-apa bahagian daripada urusan, maka dia telah kufur dengan apa yang Allah turunkan kepada para nabi-Nya. Berdasarkan firman-Nya: {Ketahuilah bahawa milik Allah lah segala penciptaan dan urusan. Maha berkat Allah Tuhan sekalian alam}". [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6064].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs