Sesiapa yang bersin atau sendawa atau dia mendengar (orang lain) bersin atau sendawa, lalu dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan

TEKS BAHASA ARAB

من عطس أو تجشأ، أو سمع عطسة أو جشاء فقال: الحمد لله على كل حال من الأحوال؛ صرف الله عنه سبعين داء أهونها الجذام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersin atau sendawa atau dia mendengar (orang lain) bersin atau sendawa, lalu dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan", nescaya Allah memalingkan daripadanya tujuh puluh penyakit, yang paling ringan antaranya ialah penyakit kusta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 237, hadis nombor 1245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «من عطس أو تجشأ، أو سمع عطسة أو جشاء فقال: الحمد لله على كل حال من الأحوال؛ صرف الله عنه سبعين داء أهونها الجذام». [عد، ابن الجوزي، «الضعيفة» (6137)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang bersin atau sendawa atau dia mendengar (orang lain) bersin atau sendawa, lalu dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan", nescaya Allah memalingkan daripadanya tujuh puluh penyakit, yang paling ringan antaranya ialah penyakit kusta". [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6137].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs