TEKS BAHASA ARAB
من شهد شهادة ليستباح بها مال امرئ مسلم، أو يسفك بها دم؛ فقد أوجب النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menyaksikan penyaksian untuk menghalalkan harta seorang Muslim atau untuk menumpahkan darah dengannya, maka dia telah mewajibkan neraka (ke atas dirinya).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2034 hadis nombor 10234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: من شهد شهادة ليستباح بها مال امرئ مسلم، أو يسفك بها دم، فقد أوجب النار.
[طب، البزار، ((الضعيفة)) (4610)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menyaksikan penyaksian untuk menghalalkan harta seorang Muslim atau untuk menumpahkan darah dengannya, maka dia telah mewajibkan neraka (ke atas dirinya).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4610]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.