Sesiapa yang sakit kepalanya di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من صدع رأسه في سبيل الله فاحتسب؛ غفر له ما كان قبل ذلك من ذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang sakit kepalanya di jalan Allah dan dia mengharapkan pahala, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2034 hadis nombor 10235. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: من صدع رأسه في سبيل الله فاحتسب، غفر له ما كان قبل ذلك من ذنب.
[ش، عبد بن حميد، ابن الفرات في ((جزئه))، البزار، عد، طب، خط، هب، ((الضعيفة)) (4615)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang sakit kepalanya di jalan Allah dan dia mengharapkan pahala, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
[Riwayat Ibn Abu Syaibah, Abid bin Hamid, Ibn al-Farrat, al-Bazzar, Ibn Adi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4615]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs