Sesiapa yang mengembirakan orang yang beriman

TEKS BAHASA ARAB

من سر مؤمنا فإنما يسر الله عز وجل ومن عظم مؤمنا فإنما يعظم الله عز وجل ومن أكرم مؤمنا، فإنما يكرم الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengembirakan orang beriman, maka dia telah mengembirakan Allah SWT. Sesiapa yang mengagungkan orang yang beriman, maka dia telah mengagungkan Allah SWT dan sesiapa yang memuliakan orang beriman, maka dia telah memuliakan Allah SWT.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 245, hadis nombor 189. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه العقيلي (ق 188 / 2) وابن حبان في المجروحين (2 / 284) وأبو نعيم في الحلية (3 / 56 – 57) من طريق محمد بن إسحاق العكاشي عن الأوزاعي عن هارون بن رئاب عن قبيصه بن ذؤيب عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه مرفوعاً. قال العقيلي: باطل لا أصل له. وقال أبو نعيم: غريب من حديث الأوزاعي عن هارون لم نكتبه إلا من حديث العكاشي).
قلت: وهو كذاب كما قال ابن معين. وقال الدارقطني: يضع الحديث. وسبقه إليه ابن حبان. وللحديث شواهد من حديث جابر وأبي الدرداء وغيرهما لا يصح منها شيء. وانظر تنزيه الشريعة (2/143) و المغني (2 /11) للعراقي و المصنوع (185) وغيرها.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili (hlm. 188/2), Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/284), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (3/56-57) melalui sanad Muhammad bin Ishaq al-‘Ukkasyi daripada al-Auza’ei daripada Harun bin Ri’ab daripada Qabisah bin Zu’aib daripada Abu Bakar RA secara marfu’. Al-‘Uqaili berkata: "Batil. Tidak ada asalnya". Abu Nu’aim berkata: "Gharib melalui hadith al-Auza’i daripada Harun, kami tidak menulisnya melainkan daripada hadith riwayat al-‘Ukkasyi".
Saya berkata: Beliau seorang pendusta sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Ma’in. Al-Daraqutni berkata: "Beliau memalsukan hadith". Ibn Hibban terlebih dahulu menyebutkannya sebelum al-Daraqutni. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Jabir, Abu al-Darda’ dan lain-lain, tiada satu pun yang sahih. Lihat Tanzih al-Shari’ah (2/143), al-Mughni (2/11) oleh al-‘Iraqi, al-Masnu’ (185) dan lain-lain

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs