TEKS BAHASA ARAB
أعلنوا هذا النكاح واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hebohkanlah majlis pernikahan dan jadikan majlisnya di masjid serta pukullah gendang ketika majlis itu.
STATUS
Lemah dengan lafaz lengkap ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 915, hadis nombor 4684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((أعلنوا هذا النكاح، واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف)).
[ت، هق، ((الضعيفة)) (978)].
(Lemah Dengan Lafaz Lengkap Ini)
Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hebohkanlah majlis pernikahan dan jadikan majlisnya di masjid serta pukullah gendang ketika majlis itu.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Jami’ beliau, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 978].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.