Sesiapa yang membantu orang yang dizalimi, Allah SWT menulis baginya tujuh puluh tiga pengampunan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أغاث ملهوفا كتب الله له ثلاثا وسبعين مغفرة واحدة منها: فيها صلاح أمره كله واثنتان وسبعون درجات يوم القيامة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang membantu orang yang dizalimi, Allah SWT menulis baginya tujuh puluh tiga pengampunan. Salah satu darinya ialah semua urusannya baik dan tujuh puluh dua lagi darjat pada hari kiamat.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 74, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن أنس مرفوعا والمتهم بوضعه: زياد بن أبي حسان.
وأخرجه من طريقه البيهقي وقال: تفرد به ورواه ابن عساكر من غير طريقه.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan Ziyad bin Abi Hassan adalah perawi yang dituduh memalsukan hadith.

al-Baihaqi turut meriwayatkan melalui jalan al-‘Uqayli, al-Baihaqi berkata: Beliau bersendirian. Ibn Asakir turut meriwayatkan selain daripada jalan al-Baihaqi.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon