Sesiapa yang memberi minum di tempat yang ada air

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من سقى الماء في موضع يقدر على الماء فله بكل شربة يشربها برا كان أو فاجرا عشر حسنات.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memberi minum di tempat yang ada air, maka setiap tegukan yang diminum oleh seseorang yang baik atau jahat baginya 10 kebaikan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 73, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أنس مرفوعا وفي إسناده: صالح بن بيان الأنباري الثقفي وضاع.
ورواه ابن عدي من حديث عائشة:" من سقى مسلما شربة من ماء في موضع يوجد فيه الماء فكأنما أعتق رقبة وإن سقاه في موضع لا يوجد فيه الماء فكأنما أحيا نسمة مؤمنة وفيه: متهم ومتروك.
ورواه عبد بن حميد بإسناد فيه مجهول .

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Soleh bin Bayan al-Anbari al-Thaqafi seorang pemalsu hadith.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Hadith Aisyah RA: “Sesiapa yang memberi minum di tempat yang ada air maka pahalanya seolah-olah membebaskan hamba. Jika dia memberi minum di tempat yang terhad maka baginya pahala seolah menghidupkan manusia”. Pada hadith ini terdapat perawi yang dituduh berdusta dan yang ditinggalkan.

Abdullah bin Humaid dengan meriwayatkan dengan sanad yang terdapat padanya perawi yang tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon