Sesiapa yang memuaskan keinginan saudaranya diampunkan baginya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من وافق من أخيه شهوة غفر له.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memuaskan keinginan saudaranya diampunkan baginya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 74-75, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وهو موضوع وفي إسناده: متروك.
وقد رواه البزار والطبراني والبيهقي بلفظ: من أطعم أخاه المسلم شهوته حرمه الله على النار وروى بلفظ: من لذذ أخاه بما يشتهي كتب الله له ألف ألف
حسنة.
قال أحمد بن حنبل: هذا باطل ومحمد بن نعيم يعني: المذكور في إسناده كذاب.
ورواه الطبراني من حديث جابر بلفظ: من أطعم أخاه خبزا حتى يشبعه وسقاه من الماء حتى يرويه باعده الله من النار سبعة خنادق كل خندق مسيرة خمسمائة عام.
قال ابن حبان: موضوع.
وقال ابن حجر: أخرجه الحاكم في المستدرك من حديثه وقال: صحيح الإسناد وسكت الذهبي في تلخيص المستدرك على هذا التصحيح مع أن في إسناده: رجاء بن أبي عطاء المعافري.
وقد قال الحاكم في تاريخه: إنه يروي الموضوعات وكذا قال ابن حبان.

Al-Bazzar, al-Tabarani, al-Baihaqi meriwayatkan dengan lafaz: Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim memenuhi keinginannya, diharamkan keatasnya api neraka. Juga lafaz: Sesiapa yang memenuhi keinginan saudaranya maka Allah menulis untuknya seribu seribu (yakni sejuta) kebaikan.

Ahmad bin Hanbal berkata: Hadith ini batil, Muhammad bin Nu‘aim yang disebutkan di dalam sanadnya pendusta.

Al-Tabarani meriwayatkan daripada hadith Jabir dengan lafaz: Sesiapa yang memberi makan kepada saudaranya roti sehingga kenyang dan memberinya minum sehingga hilang dahaganya, Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh tujuh parit dan setiap parit jaraknya 500 tahun perjalanan.

Ibn Hibban berkata: Hadith ini palsu
Ibn Hajar berkata: al-Hakim meriwayatkan di dalam al-Mustadrak melalui hadithnya dan berkata: Sanadnya sahih, al-Zahabi mendiamkan diri berkaitan hukum sahih tersebut sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Raja’ bin Abi ‘Atha al-Ma’afiri.

Al-Hakim berkata di dalam kitab Tarikhnya: Raja’ meriwayatkan hadith-hadith palsu demikian juga pandangan Ibn Hibban.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon