Janganlah kamu lalai pada malam Jumaat pertama bulan Rejab

TEKS BAHASA ARAB

ما ذكره غوث الثقلين في غنية الطالبين بقوله: أخبرنا الشيخ أبو البركات هبة الله السقطي، أنا القاضي أبو الفضل جعفر بن يحيى بن كمال المكي، أنا أبو عبد الله الحسين بن عبد الكريم بن محمد بن محمد الجزري بمكة في المسجد الحرام، أنا أبو الحسن علي بن عبد الله بن جهضم الهمداني، أنا أبو الحسن علي بن محمد بن سعيد السعدي البصري، أخبرنا أبي قال: أنا خلف بن عبد الله الصنعاني عن حميد الطويل، عن أنس قال، قال رسول الله: رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي. قيل ما معنى قولك شهر الله قال لأنه مخصوص بالمغفرة وفيه تحقن الدماء وفيه تاب الله على أنبيائه وفيه أنقذ أوليائه من يد أعدائه، من صامه واستوجب على الله ثلاثة أشياء، مغفرة لجميع ما سلف من ذنوبه، وعصمة فيما بقي من عمره وأما الثالث يأمن من العطش يوم العرض الأكبر، فقام شيخ ضعيف فقال: يا رسول الله! إني أعجز عن صيامه كله، فقال صم أول يوم منه وأوسط يوم منه وآخر يوم منه فإنك تعطى ثواب من صام كله فإن الحسنة بعشرة أمثالها ولكن لا تغفلوا عن أول ليلة جمعة في رجب فإنها ليلة تسميها الملائكة ليلة الرغائب، وذلك أنه إذا مضى ثلث الليل لا يبقى ملك من جميع السموات والأرضين إلا ويجتمعون في الكعبة وحواليها فيطلع الله عليهم اطلاعة فيقول: ملائكتي سلوني ما شئتم فيقولون ربنا حاجتنا أن تغفر لصوام رجب فيقول الله: قد فعلت ذلك ثم قال رسول الله: فما من أحد يصوم أول خميس من رجب ثم يصلي ما بين المغرب والعشاء يعني ليلة الجمعة اثنتي عشر ركعة يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وإن أنزلناه في ليلة القدر ثلاث مرات وقل هو الله أحد اثنتي عشرة مرة ويفصل بين كل ركعتين بتسليمة، فإذا فرغ من صلاته صلى علي سبعين مرة يقول: اللهم صل على محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم، ثم يسجد سجدة يقول في سجوده: سبوح قدوس رب الملائكة والروح سبعين مرة ثم يرفع رأسه فيقول رب اغفر وارحم وتجاوز عما تعلم فإنك أنت العزيز الأعظم سبعين مرة ثم يسجد الثانية فيقول مثل ما قال في الأولى يسأل الله حاجته في سجوده فإنها تقضى والذي نفسي بيده ما من عبد ولا أمة صلى هذه الصلاة إلا غفر الله له جميع ذنوبه ولو كانت مثل زبد البجر وعدد الرمل ووزن الجبال وعدد قطر الأمطار وورق الأشجار وشفع يوم القيامة في سبعمائة من أهل بيته فإذا كان أول ليلة في قبره جاء ثواب هذه الصلاة بوجه طلق ولسان زلق فيقول له: يا حبيبي أبشر فقد نجوت من كل شدة فيقول من أنت؟ فوالله ما رأيت رجلا أحسن وجها من وجهك ولا سمعت كلاما أحلى من كلامك ولا شممت رائحة أطيب من رائحتك فيقول له: يا حبيبي أنا ثواب تلك الصلاة التي صليتها في ليلة كذا من شهر كذا من سنة كذا جئت الليلة لأقضي حاجتك وآنس وحدتك وأدفع عنك وحشتك فإذا نفخ في الصور أظللتك في عرصة القيامة على رأسك فأبشر فلن تعدم الخير من مولاك أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebagaimana yang disebutkan oleh Ghauth al-Thaqalain di dalam Ghunyah al-Tholibin dengan berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami Abu al-Barakat Hibah Allah al-Saqati, telah diberitakan kepada kami al-Qadhi Abu al-Fadhl Ja’far bin Yahya Ibn Kamal al-Makki, telah diberitakan kepada kami Abu Abdullah al-Husain bin Abd al-Karim bin Muhammad bin Muhammad al-Jazari di Mekah di Masjidil Haram, telah diberitakan kepada kami Abu al-Hasan Ali bin Abdillah bin Jahdham al-Hamdani, telah diberitakan kepada kami Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Said al-Sa’di al-Basri, telah mengkhabarkan kepada kami ayahku dengan berkata: Telah diberitakan kepada kami Khalaf bin Abdillah al-San’ani daripada Humaid al-Thowil, daripada Anas, telah bersabda Rasulullah SAW: “Rejab ialah bulan Allah, Syaaban ialah bulanku dan Ramadan ialah bulan umatku. Dikatakan (kepada Nabi saw): Apakah yang dimaksudkan dengan kata-katamu bulan Allah?, Baginda berkata: Ini adalah kerana bulan tersebut dikhususkan dengan keampunan, padanya juga terpeliharanya darah-darah, padanya juga diampunkan oleh Allah para nabi-Nya dan pada juga dibebaskan para wali-Nya daripada tangan musuh-musuhnya. Justeru itu, sesiapa yang berpuasa padanya, diwajibkan bagi Allah ke atas ketiga perkara tersebut iaitu keampunan pada dosa-dosa yang lalu, pemeliharaan pada usianya yang berbaki dan aman daripada dahaga pada hari pembentangan yang agung (kiamat). Kemudian berdiri seorang lelaki tua yang lemah, lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya aku tidak mampu berpuasa keseluruhannya. Nabi SAW bersabda: Berpuasalah pada hari pertama daripadanya serta pertengahan dan akhir daripadanya. Dengan itu, kamu akan mendapat pahala orang yang berpuasa keseluruhannya kerana setiap kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kebaikan. Akan tetapi, janganlah kamu lalai pada malam Jumaat pertama bulan Rejab yang mana para malaikat menamakannya dengan malam al-Ragha’ib. Dengan itu juga, apabila berlalunya sepertiga malam, tidak akan berbaki lagi malaikat daripada langit dan bumi melainkan mereka akan berkumpul di Kaabah serta sekelilingnya. Maka Allah SWT akan melihat ke atas mereka dengan berkata: “Malaikatku! Mintaklah kepada-Ku apa yang kamu mahu.” Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami, hajat kami adalah agar diampunkan bagi orang yang banyak berpuasa pada bulan Rejab.” Lalu Allah SWT menjawab: “Sesungguhnya Aku telah melakukannya.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa pada Khamis pertama bulan Rejab, kemudian dia melakukan solat di antara maghrib dan isyak iaitu pada malam Jumaat sebanyak 12 rakaat yang dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sebanyak sekali dan surah al-Qadar sebanyak tiga kali dan surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali serta dijarakkan setiap dua rakaat itu dengan satu salam. Selepas selesai daripada melakukan solat tersebut, dia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali dengan berkata: “Allahumma Solli Ala Muhammad al-Nabiy al-Ummiy wa ‘Ala Alihi wa Sallim.” Kemudian dia sujud dengan satu sujud sambil berkata: “Subbuh Quddus Rabb al-Malaikat wa al-Ruh” sebanyak 70 kali. Lalu diangkat kepalanya sambil berkata: “Ya Allah ampunilah dan rahmatilah serta selamatkan kami daripada apa yang Kamu ketahui, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Agung sebanyak 70 kali. Setelah itu, dia sujud yang kedua dan dia menyebut seperti mana dia menyebutnya pada sujud yang pertama dengan meminta Allah SWT mengkabulkan hajatnya di dalam sujudnya. Sesungguhnya hajatnya akan ditunaikan. Dan demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya, tidak ada hamba lelaki atau perempuan melakukan solat ini melainkan akan diampunkan keseluruhan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, sebanyak bilangan tanah, seberat bukit, sebanyak titisan hujan, sebanyak daun di pokok-pokok dan diberikan syafaat pada hari akhirat dengan tujuh ratus ahli keluarganya. Sekiranya malam pertama di kuburnya, akan datang pahala solat tersebut dengan wajah yang senyum dan lidah yang licin berkata: “Wahai kekasihku! Khabar gembira bagi kamu kerana sesungguhnya kamu telah terselamat daripada setiap keperitan. Lalu dia bertanya: Siapakah kamu? Dan demi Allah! Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih baik wajahnya daripada wajah kamu dan aku tidak pernah mendengar ucapan yang lebih manis daripada ucapanmu serta aku tidak pernah menghidu bau yang lebih sedap daripada baumu. Maka ia berkata: “Wahai kekasihku! Aku adalah pahala solat itu yang mana kamu telah melakukannya pada malam sekian daripada bulan sekian serta daripada tahun sekian. Aku datang pada malam ini untuk menunaikan hajatmu, menghilangkan keseoranganmu, menolak daripadamu ketakutanmu. Ini kerana, apabila ditiup sangkakala aku akan naungi kamu di tengah hari kiamat di atas kepala kamu. Maka bergembiralah kerana kamu tidak akan hilang daripada kebaikan daripada Tuhanmu buat selamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 62-63. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو مَا ذَكَرَهُ غَوْثُ الثَّقَلِّينَ فِي غِنْيَةِ الطَّالِبِينَ بِقَوْلِهِ: أَخْبَرَنَا الشَّيْخُ أَبُو الْبَرَكَاتِ هِبَةُ اللَّهِ السَّقْطِيُّ، أَنَا الْقَاضِي أَبُو الْفَضْلِ جَعْفَرُ بْنُ يَحْيَى بْنُ كَمَالٍ الْمَكِّيُّ، أَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحُسَيْنُ بْنُ عَبْدِ الْكَرِيمِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْجَزْرِيُّ بِمَكَّةَ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ، أَنَا أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَهْضَمٍ الْهَمْدَانِيُّ، أَنَا أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سَعِيدٍ السَّعْدِيُّ الْبَصْرِيُّ، أَخْبَرَنَا أَبِي قَالَ: أَنَا خَلَفُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الصَّنْعَانِيُّ عَنْ حُمَيْدِ الطَّوِيلِ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ، قَالَ رَسُول الله: رَجَبٌ شَهْرُ اللَّهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِي وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِي. قِيلَ مَا مَعْنَى قَوْلِكَ شَهْرُ اللَّهِ قَالَ لأَنَّهُ مَخْصُوصٌ بِالْمَغْفِرَةِ وَفِيهِ تُحْقَنُ الدِّمَاءُ وَفِيهِ تَابَ اللَّهُ عَلَى أنبيائه وَفِيه أنقذ أوليائه مِنْ يَدِ أَعْدَائِهِ، مَنْ صَامَهُ واستوجب عَلَى اللَّهِ ثَلاثَةَ أَشْيَاءَ، مَغْفِرَةً لِجَمِيعِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبِهِ، وَعِصْمَةً فِيمَا بَقِيَ مِنْ عُمْرِهِ وَأَمَّا الثَّالِثُ يَأْمَنُ مِنَ الْعَطَشِ يَوْمَ الْعَرْضِ الأَكْبَرِ، فَقَامَ شَيْخٌ ضَعِيفٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنِّي أَعْجَزُ عَنْ صِيَامِهِ كُلِّهِ، فَقَالَ صُمْ أَوَّلَ يَوْمٍ مِنْهُ وَأَوْسَطَ يَوْمٍ مِنْهُ وَآخِرَ يَوْمٍ مِنْهُ فَإِنَّكَ تُعْطَى ثَوَابَ مَنْ صَامَ كُلَّهُ فَإِنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرَةِ أَمْثَالِهَا وَلَكِنْ لَا تَغْفُلُوا عَنْ أَوَّلِ لَيْلَةِ جُمُعَةٍ فِي رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا الْمَلائِكَةُ لَيْلَةَ الرَّغَائِبِ، وَذَلِكَ أَنَّهُ إِذَا مَضَى ثُلُثُ اللَّيْلِ لَا يَبْقَى مَلَكٌ من جَمِيع السَّمَوَات وَالْأَرضين إِلا وَيَجْتَمِعُونَ فِي الْكَعْبَةِ وَحَوَالَيْهَا فَيَطَّلِعُ اللَّهُ عَلَيْهِمُ اطِّلاعَةً فَيَقُولُ: مَلائِكَتِي سَلُونِي مَا شِئْتُمْ فَيَقُولُونَ رَبَّنَا حَاجَتُنَا أَنْ تَغْفِرَ لِصُوَّامِ رَجَبٍ فَيَقُولُ اللَّهُ: قَدْ فَعَلْتُ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ: فَمَا مِنْ أَحَدٍ يَصُومُ أَوَّلَ خَمِيسٍ مِنْ رَجَبٍ ثُمَّ يُصَلِّي مَا بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ يَعْنِي لَيْلَة الْجُمُعَة اثْنَتَيْ عشر رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَة الْكتاب مرّة وَإِن أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ثَلاثَ مَرَّات وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ مَرَّةً وَيَفْصِلُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ بِتَسْلِيمَةٍ، فَإِذَا فَرَغَ مِنْ صَلاتِهِ صَلَّى عَلَيَّ سَبْعِينَ مَرَّةً يَقُولُ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَسَلِّمْ، ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَةً يَقُولُ فِي سُجُودِهِ: سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوحِ سَبْعِينَ مَرَّةً ثُمَّ يَرْفَعُ رَأْسَهُ فَيَقُولُ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الأَعْظَمُ سَبْعِينَ مَرَّةً ثُمَّ يَسْجُدُ الثَّانِيَةَ فَيَقُولُ مِثْلَ مَا قَالَ فِي الأولى يسْأَل الله حَاجَتَهُ فِي سُجُودِهِ فَإِنَّهَا تُقْضَى وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا مِنْ عَبْدٍ وَلا أَمَةٍ صَلَّى هَذِهِ الصَّلاةَ إِلا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ جَمِيعَ ذُنُوبِهِ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زبد البجر وَعَدَدِ الرَّمْلِ وَوَزْنِ الْجِبَالِ وَعَدَدِ قَطْرِ الأَمْطَارِ وَوَرَقِ الأَشْجَارِ وَشُفِّعَ يَوْم الْقِيَامَة فِي سَبْعمِائة مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَإِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ فِي قَبْرِهِ جَاءَ ثَوَابُ هَذِهِ الصَّلاةِ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَلِسَانٍ زَلَقٍ فَيَقُولُ لَهُ: يَا حَبِيبِي أَبْشِرْ فَقَدْ نَجَوْتَ مِنْ كُلِّ شِدَّةٍ فَيَقُولُ مَنْ أَنْتَ؟ فَوَاللَّهِ مَا رَأَيْتُ رَجُلا أَحْسَنَ وَجها من وَجهك وَلا سَمِعْتُ كَلامًا أَحْلَى مِنْ كَلامِكَ وَلا شَمِمْتُ رَائِحَةً أَطْيَبَ مِنْ رَائِحَتِكَ فَيَقُولُ لَهُ: يَا حَبِيبِي أَنَا ثَوَابُ تِلْكَ الصَّلاةِ الَّتِي صَلَّيْتَهَا فِي لَيْلَةِ كَذَا مِنْ شَهْرِ كَذَا مِنْ سَنَةِ كَذَا جِئْتُ اللَّيْلَةَ لأَقْضِيَ حَاجَتَكَ وَآنِسَ وَحْدَتَكَ وَأَدْفَعَ عَنْكَ وَحْشَتَكَ فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ أَظْلَلْتُكَ فِي عَرْصَةِ الْقِيَامَةِ عَلَى رَأْسِكَ فَأَبْشِرْ فَلَنْ تَعْدَمَ الْخَيْرَ مِنْ مَوْلاكَ أَبَدًا.
وَذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ فِي إِحْيَاءِ الْعُلُومِ.
هَذَا حَدِيثٌ مَوْضُوعٌ بِاتِّفَاقِ الْمُحَدِّثِينَ.

Hadis:
وَهُوَ مَا ذَكَرَهُ غَوْثُ الثَّقَلِّينَ فِي غنْيَةِ الطَّالِبِينَ بِقَوْلِهِ: أَخْبَرَنَا الشَّيْخُ أَبُو الْبَرَكَاتِ هِبَةُ اللَّهِ السَّقْطِيُّ، أَنَا الْقَاضِي أَبُو الْفَضْلِ جَعْفَرُ بْنُ يَحْيَى بْنُ كَمَالٍ الْمَكِّيُّ، أَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحُسَيْنُ بْنُ عَبْدِ الْكَرِيمِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْجَزْرِيُّ بِمَكَّةَ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ، أَنَا أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَهْضَمٍ الْهَمْدَانِيُّ، أَنَا أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سَعِيدٍ السَّعْدِيُّ الْبَصْرِيُّ، أَخْبَرَنَا أَبِي قَالَ: أَنَا خَلَفُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الصَّنْعَانِيُّ عَنْ حُمَيْدِ الطَّوِيلِ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ، قَالَ رَسُول الله: رَجَبٌ شَهْرُ اللَّهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِي وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِي. قِيلَ مَا مَعْنَى قَوْلِكَ شَهْرُ اللَّهِ قَالَ لأَنَّهُ مَخْصُوصٌ بِالْمَغْفِرَةِ وَفِيهِ تُحْقَنُ الدِّمَاءُ وَفِيهِ تَابَ اللَّهُ عَلَى أنبيائه وَفِيه أنقذ أوليائه مِنْ يَدِ أَعْدَائِهِ، مَنْ صَامَهُ واستوجب عَلَى اللَّهِ ثَلاثَةَ أَشْيَاءَ، مَغْفِرَةً لِجَمِيعِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبِهِ، وَعِصْمَةً فِيمَا بَقِيَ مِنْ عُمْرِهِ وَأَمَّا الثَّالِثُ يَأْمَنُ مِنَ الْعَطَشِ يَوْمَ الْعَرْضِ الأَكْبَرِ، فَقَامَ شَيْخٌ ضَعِيفٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنِّي أَعْجَزُ عَنْ صِيَامِهِ كُلِّهِ، فَقَالَ صُمْ أَوَّلَ يَوْمٍ مِنْهُ وَأَوْسَطَ يَوْمٍ مِنْهُ وَآخِرَ يَوْمٍ مِنْهُ فَإِنَّكَ تُعْطَى ثَوَابَ مَنْ صَامَ كُلَّهُ فَإِنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرَةِ أَمْثَالِهَا وَلَكِنْ لَا تَغْفُلُوا عَنْ أَوَّلِ لَيْلَةِ جُمُعَةٍ فِي رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا الْمَلائِكَةُ لَيْلَةَ الرَّغَائِبِ، وَذَلِكَ أَنَّهُ إِذَا مَضَى ثُلُثُ اللَّيْلِ لَا يَبْقَى مَلَكٌ من جَمِيع السَّمَوَات وَالْأَرضين إِلا وَيَجْتَمِعُونَ فِي الْكَعْبَةِ وَحَوَالَيْهَا فَيَطَّلِعُ اللَّهُ عَلَيْهِمُ اطِّلاعَةً فَيَقُولُ: مَلائِكَتِي سَلُونِي مَا شِئْتُمْ فَيَقُولُونَ رَبَّنَا حَاجَتُنَا أَنْ تَغْفِرَ لِصُوَّامِ رَجَبٍ فَيَقُولُ اللَّهُ: قَدْ فَعَلْتُ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ: فَمَا مِنْ أَحَدٍ يَصُومُ أَوَّلَ خَمِيسٍ مِنْ رَجَبٍ ثُمَّ يُصَلِّي مَا بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ يَعْنِي لَيْلَة الْجُمُعَة اثْنَتَيْ عشر رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَة الْكتاب مرّة وَإِن أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ثَلاثَ مَرَّات وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ مَرَّةً وَيَفْصِلُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ بِتَسْلِيمَةٍ، فَإِذَا فَرَغَ مِنْ صَلاتِهِ صَلَّى عَلَيَّ سَبْعِينَ مَرَّةً يَقُولُ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَسَلِّمْ، ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَةً يَقُولُ فِي سُجُودِهِ: سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوحِ سَبْعِينَ مَرَّةً ثُمَّ يَرْفَعُ رَأْسَهُ فَيَقُولُ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الأَعْظَمُ سَبْعِينَ مَرَّةً ثُمَّ يَسْجُدُ الثَّانِيَةَ فَيَقُولُ مِثْلَ مَا قَالَ فِي الأولى يسْأَل الله حَاجَتَهُ فِي سُجُودِهِ فَإِنَّهَا تُقْضَى وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا مِنْ عَبْدٍ وَلا أَمَةٍ صَلَّى هَذِهِ الصَّلاةَ إِلا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ جَمِيعَ ذُنُوبِهِ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زبد البجر وَعَدَدِ الرَّمْلِ وَوَزْنِ الْجِبَالِ وَعَدَدِ قَطْرِ الأَمْطَارِ وَوَرَقِ الأَشْجَارِ وَشُفِّعَ يَوْم الْقِيَامَة فِي سَبْعمِائة مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَإِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ فِي قَبْرِهِ جَاءَ ثَوَابُ هَذِهِ الصَّلاةِ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَلِسَانٍ زَلَقٍ فَيَقُولُ لَهُ: يَا حَبِيبِي أَبْشِرْ فَقَدْ نَجَوْتَ مِنْ كُلِّ شِدَّةٍ فَيَقُولُ مَنْ أَنْتَ؟ فَوَاللَّهِ مَا رَأَيْتُ رَجُلا أَحْسَنَ وَجها من وَجهك وَلا سَمِعْتُ كَلامًا أَحْلَى مِنْ كَلامِكَ وَلا شَمِمْتُ رَائِحَةً أَطْيَبَ مِنْ رَائِحَتِكَ فَيَقُولُ لَهُ: يَا حَبِيبِي أَنَا ثَوَابُ تِلْكَ الصَّلاةِ الَّتِي صَلَّيْتَهَا فِي لَيْلَةِ كَذَا مِنْ شَهْرِ كَذَا مِنْ سَنَةِ كَذَا جِئْتُ اللَّيْلَةَ لأَقْضِيَ حَاجَتَكَ وَآنِسَ وَحْدَتَكَ وَأَدْفَعَ عَنْكَ وَحْشَتَكَ فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ أَظْلَلْتُكَ فِي عَرْصَةِ الْقِيَامَةِ عَلَى رَأْسِكَ فَأَبْشِرْ فَلَنْ تَعْدَمَ الْخَيْرَ مِنْ مَوْلاكَ أَبَدًا.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Ghauth al-Thaqalain di dalam Ghunyah al-Tholibin dengan berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami Abu al-Barakat Hibatullah al-Saqati, telah diberitakan kepada kami al-Qadhi Abu al-Fadhl Ja’far bin Yahya Ibn Kamal al-Makki, telah diberitakan kepada kami Abu Abdullah al-Husain bin Abd al-Karim bin Muhammad bin Muhammad al-Jazari di Mekkah di Masjidil Haram, telah diberitakan kepada kami Abu al-Hasan Ali bin Abdillah bin Jahdham al-Hamdani, telah diberitakan kepada kami Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Said al-Sa’di al-Basri, telah mengkhabarkan kepada kami ayahku dengan berkata: Telah diberitakan kepada kami Khalaf bin Abdillah al-San’ani daripada Humaid al-Thowil, daripada Anas, telah bersabda Rasulullah SAW: “Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Dikatakan (kepada Nabi saw): Apakah yang dimaksudkan dengan kata-katamu bulan Allah? Baginda berkata: Ini adalah kerana bulan tersebut dikhususkan dengan keampunan, padanya juga terpeliharanya darah-darah, padanya juga diampunkan oleh Allah para nabi-Nya dan pada juga dibebaskan para wali-Nya daripada tangan musuh-musuhnya. Justeru itu, sesiapa yang berpuasa padanya, diwajibkan bagi Allah ke atas ketiga perkara tersebut iaitu keampunan pada dosa-dosa yang lalu, pemeliharaan pada usianya yang berbaki dan aman daripada dahaga pada hari pembentangan yang agung (kiamat). Kemudian berdiri seorang lelaki tua yang lemah, lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya aku tidak mampu berpuasa keseluruhannya. Nabi SAW bersabda: Berpuasalah pada hari pertama daripadanya serta pertengahan dan akhir daripadanya. Dengan itu, kamu akan mendapat pahala orang yang berpuasa keseluruhannya kerana setiap kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kebaikan. Akan tetapi, janganlah kamu lalai pada malam Jumaat pertama bulan Rejab yang mana para malaikat menamakannya dengan malam al-Ragha’ib. Dengan itu juga, apabila berlalunya sepertiga malam, tidak akan berbaki lagi malaikat daripada langit dan bumi melainkan mereka akan berkumpul di Kaabah serta sekelilingnya. Maka Allah SWT akan melihat ke atas mereka dengan berkata: “Malaikatku! Mintaklah kepada-Ku apa yang kamu mahu.” Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami, hajat kami adalah agar diampunkan bagi orang yang banyak berpuasa pada bulan Rejab.” Lalu Allah SWT menjawab: “Sesungguhnya Aku telah melakukannya.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa pada Khamis pertama bulan Rejab, kemudian dia melakukan solat di antara maghrib dan isyak iaitu pada malam Jumaat sebanyak 12 rakaat yang dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sebanyak sekali dan surah al-Qadar sebanyak tiga kali dan surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali serta dijarakkan setiap dua rakaat itu dengan satu salam. Selepas selesai daripada melakukan solat tersebut, dia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali dengan berkata: “Allahumma Solli Ala Muhammad al-Nabiy al-Ummiy wa ‘Ala Alihi wa Sallim.” Kemudian dia sujud dengan satu sujud sambil berkata: “Subbuh Quddus Rabb al-Malaikat wa al-Ruh” sebanyak 70 kali. Lalu diangkat kepalanya sambil berkata: “Ya Allah ampunilah dan rahmatilah serta selamatkan kami daripada apa yang Kamu ketahui, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Agung sebanyak 70 kali. Setelah itu, dia sujud yang kedua dan dia menyebut seperti mana dia menyebutnya pada sujud yang pertama dengan meminta Allah SWT mengkabulkan hajatnya di dalam sujudnya. Sesungguhnya hajatnya akan ditunaikan. Dan demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya, tidak ada hamba lelaki atau perempuan melakukan solat ini melainkan akan diampunkan keseluruhan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, sebanyak bilangan tanah, seberat bukit, sebanyak titisan hujan, sebanyak daun di pokok-pokok dan diberikan syafaat pada hari akhirat dengan tujuh ratus ahli keluarganya. Sekiranya malam pertama di kuburnya, akan datang pahala solat tersebut dengan wajah yang senyum dan lidah yang licin berkata: “Wahai kekasihku! Khabar gembira bagi kamu kerana sesungguhnya kamu telah terselamat daripada setiap keperitan. Lalu dia bertanya: Siapakah kamu? Dan demi Allah! Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih baik wajahnya daripada wajah kamu dan aku tidak pernah mendengar ucapan yang lebih manis daripada ucapanmu serta aku tidak pernah menghidu bau yang lebih sedap daripada baumu. Maka ia berkata: “Wahai kekasihku! Aku adalah pahala solat itu yang mana kamu telah melakukannya pada malam sekian daripada bulan sekian serta daripada tahun sekian. Aku datang pada malam ini untuk menunaikan hajatmu, menghilangkan keseoranganmu, menolak daripadamu ketakutanmu. Ini kerana, apabila ditiup sangkakala aku akan naungi kamu di tengah hari Kiamat di atas kepala kamu. Maka bergembiralah kerana kamu tidak akan hilang daripada kebaikan daripada Tuhanmu buat selamanya.”
Hadis ini disebutkan oleh al-Ghazali di dalam kitab al-Ihya’.
Hadis ini ialah palsu menurut kesepakatan ahli hadis.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.