Sesiapa yang membaca ketika waktu pagi: Wahai Allah, tidak suatu pun nikmat yang ada padaku waktu pagi atau pada mana-mana makhluk-Mu

TEKS BAHASA ARAB

من قال حين يصبح: اللهم ما أصبحت بي من نعمة، أو بأحد من خلقك، فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر إلا أدى شكر ذلك اليوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca ketika waktu pagi: ‘Wahai Allah, tidak suatu pun nikmat yang ada padaku waktu pagi atau pada mana-mana makhluk-Mu, melainkan ianya daripadaMu semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Mu. Oleh itu, bagi-Mu lah segala puji dan bagi-Mu lah segala syukur’, dia telah dikira bersyukur pada hari tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 100, hadis nombor 79. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (5073) والنسائي في اليوم والليلة (رقم 7) وابن أبي الدنيا في الشكر (رقم 164) والفريابي في الذكر كما في الفتوحات الربانية (3/107) وابن االأثير في أسد الغابة (3/241) والبغوي في شرح السنة (5/ 115- 116) من طرق عن سليمان بن بلال عن ربيعة بن أبي عبد الرحمن عن عبد الله بن عنبسة عن عبد الله بن غنام.
وقد رواه عن سليمان بن بلال جماعة منهم: يحيى بن حسان وابن أبي أويس والقعنبي ويحيى ابن صالح الوحاظي. وخالفهم ابن وهب فرواه عن سليمان بن بلال بسنده سواء ولكنه قال فيه: ابن عباس. فجعله من مسند ابن عباس. أخرجه النسائي في اليوم والليلة كما في أطراف المزي (6/ 404) وعنه ابن السني (41) وابن حبان (ج 2/ رقم 858) من طرق عن ابن وهب. ولم يتفرد به ابن وهب، فتابعه سعيد بن أبي مريم، فرواه عن سليمان بن بلال به فذكر عن ابن عباس. أخرجه الطبراني في الدعاء من طريق يحيى بن نافع المصري عن سعيد به وقال: هكذا رواه ابن أبي مريم، وخالفه ابن وهب وغيره. ثم رواه عن أحمد بن محمد بن نافع الطحان المصري عن أحمد بن صالح عن ابن وهب عن سليمان بن بلال وقال: عن ابن غنام.
قلت: فيظهر من هذا أنه قد اختلف عن وهب فيه وقد روى أبو داود هذا الحديث عن أحمد بن صالح عن غير ابن وهب فقال: عن ابن غنام. قال الحافظ في النكت الظراف : يحتمل أنه كان عند أحمد بن صالح عن غير واحد. والحاصل أن ذكر ابن عباس في السند غير محفوظ بل قال أبو نعيم في المعرفة : من قال فيه: ابن عباس فقد صحف. وخطأ ابن عساكر وتبعه المزي من جعله من مسند ابن عباس. ثم إن سند هذا الحديث ضعيف لتفرد عبد الله بن عنبسة بهِ قالَ الحافظ فيهِ: مقبول يعني حيث يتابع، ولم يتابعه أحد فيما أعلم ولم يذكر له الحافظ متابعاً في نتائج الأفكار عند كلامه عليه، فمن الغريب أن يقول: حديث حسن كما في الفتوحات (3/ 107). والله أعلم. ومثله قول النووي رحمه الله في الأذكار : وروينا في سنن أبي داود بإسناد جيد لم يضعفه. وهذا اعتماداً منه على سكوت أبي داود، وقد سكت أبو داود عن أحاديث كثيرة ضعيفة وللنووي بحث في ذلك يرد قوله الأول. والله أعلم.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (5073), al-Nasa’ei dalam al-Yawm Wa al-Lailah (hadith : 7), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Shukur (hadith : 164), al-Firyabi dalam al-Zikr – sebagaimana dalam al-Futuhat al-Rabbaniyyah 93/107) -, Ibn al-Athir dalam Usd al-Ghabah (3/241), al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (5/115-116) , melalui sanad Sulayman bin Bilal daripada Rabi’ah bin Abi ‘Abd al-Rahman daripada Abd Allah bin ‘Anbasah darippada Abd Allah bin Ghanam.
Hadith tersebut turut diriwayatkan daripada Sulayman bin Bilal oleh sekumpulan perawi, antaranya: Yahya bin Hassan, Ibn Abi Awais, al-Qa’nabi dan Yahya Ibn Soleh al-Wahazi. Ibn Wahb telah meriwayatkan berbeza dengan mereka, beliau riwayatkannya daripada Sulayman bin Bilal dengan sanad yang sama, Cuma beliau berkata dalam sanad itu: "Ibn ‘Abbas", beliau menjadikan hadith tersebut melalui Musnad Ibn ‘Abbas. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Nasa’ei dalam al-Yawm Wa al-Lailah – sebagaimana dalam Atraf al-Mizzi (6/404) -, juga Ibn al-Sunni (41) daripada al-Nasa’ei, dan Ibn Hibban (juz 2/hadith : 858) melalui sanad Ibn Wahb. Ibn Wahb tidak bersendirian, beliau telah disokong oleh Sa’id bin Abi Maryam, beliau telah meriwayatkannya daripada Sulayman bin Bilal dengan sanadnya, lalu menyebutkan: "Daripada Ibn ‘Abbas’. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Du’a melalui sanad Yahya bin Nafi’ al-Misri daripada Sa’id dengan sanadnya. Al-Tabarani berkata: "Demikianlah Ibn Abi Maryam meriwayatkannya. Ibn Wahb dan lain-lain telah meriwayatkan berbeza dengan beliau. Kemudian, beliau telah meeriwayatkannya daripada Ahmad bin Muhammmad bin Nafi’ al-Tahhan al-Misri daripada Ahmad bin Soleh daripada Ibn Wahb daripada Sulayman bin Bilal dan beliau berkata: ‘Daripada Ibn Ghanam’".
Saya berkata: Zahir melalui kata-kata ini adalah telah berlaku perbezaan riwayat daripada Ibn Wahb dalam sanad tersebut. Abu Daud telah meriwayatkan hadith ini daripada Ahmad bin Soleh daripada selain Ibn Wahb, lalu Abu Daud berkata: "Daripada Ibn Ghanam". Al-Hafiz berkata dalam al-Nukat al-Zaraf: "Berkemungkinan bahawa riwayat tersebut di sisi Ahmad bin Soleh daripada bukan seorang sahaja perawi".
Kesimpulannya, menyebutkan "Ibn ‘Abbas"’ dalam sanad tersebut adalah tidak mahfuz, bahkan Abu Nu’aim berkata dalam al-Ma’rifah: "Sesiapa yang berkata dalam sanad itu ‘Ibn ‘Abbas’, maka dia telah tersilap". Ibn ‘Asakir dan diikuti oleh al-Mizi telah melakukan kesilapan kerana menjadikan hadith tersebut daripada Musnad Ibn ‘Abbas. Kemudian, sanad hadith ini adalah dha’if kerana Abd Allah bin ‘Anbasah meriwayatkannya secara bersendirian hadith tersebut. Al-Hafiz berkata tentang Abd Allah: "Maqbul", iaitu jika riwayatnya disokong, namun tidak ada seorang pun yang menyokong riwayatnya – sejauh pengetahuan saya -. Al-Hafiz juga tidak menyebutkan mana-mana sokongan bagi riwayat ‘Abdulllah dalam Natta’ij al-Afkar ketika membahaskan tentang hadith tersebut. Namun, peliknya beliau berkata: "Hadith hasan" sebagaimana dalam al-Futuhat (3/107). Wallahua’lam. Seperti itu juga kata al-Nawawi RH dalam al-Azkar: "Telah diriwayatkan kepada kami dalam Sunan Abi Daud dengan sanad yang jayyid tanpa ada yang menilainya dha’if..". Penilaian ini disebabkan beliau berpegang kepada diamnya Abu Daud. Sedangkan banyak hadith-hadith dha’if yang Abu Daud berdiam diri dan al-Nawawi sendiri ada perbahasan tentangnya yang menolak pandangannya yang mula-mula. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.