Sesiapa yang diuji, lalu dia bersabar. Diberikan sesuatu lalu dia bersyukur

TEKS BAHASA ARAB

من ابتلي فصبر وأعطى فشكر، وظلم فغفر وظلم فاستغفر ثم سكت. قالوا: ما له يا رسول الله؟ قال: {أولئك لهم الأمن وهم مهتدون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diuji, lalu dia bersabar. Diberikan sesuatu lalu dia bersyukur, dizalimi lalu dia memaafkan dan dia menzalimi lalu meminta keampunan. Kemudian Baginda diam. Sahabat bertanya: "Apa terjadi kepadanya, wahai Rasulullah?". Baginda membaca: "Mereka adalah orang-orang yang akan memperolehi keamanan dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk". [Surah al-An'am, ayat 82].

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 99, hadis nombor 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه ابن أبي الدنيا في الشكر (165) والخرائطي في فضلية الشكر (37) والطبراني في الكبير (ج 7/ رقم 6614) وأبو نعيم في أخبار أصبهان (2/ 225- 226) ، والشجري في الأمالي (2/ 188) من طريق محمد بن المعلى الكوفي عن زياد بن خيثمة عن أبي داود عن عبد الله بن سخيرة عن سخيرة، مرفوعاً فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف جداً، وله علتان: الأولى: أبو داود وهو الأعمى واسمه نفيع بن الحارث تركه النسائي والدولابي والدراقطني. وقال أبو حاتم والساجي: منكر الحديث. وزاد الساجي: يكذب. ولذا قال ابن عبد البر: أجمعوا على ضعفه، وكذبه بعضهم، وأجمعوا على ترك الرواية عنه. الثانية: أن عبد الله بن سخيرة مجهول كما في التقريب والله أعلم.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syukur (165), al-Khara’iti dalam Fadhilah al-Syukur (37), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 7/hadith : 6614), Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan (2/225-226) dan al-Shajari dalam al-Amali (2/188) melalui sanad Muhammad bin l-Mu’alla al-Kufi daripada Ziyad bin Khaithamah daripada Abu Daud daripada Abd Allah bin Sakhirah daripada Sakhirah secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu.
Saya berkata: Sanad ini terlalu dha’if, terdapat dua kecacatan: Pertama: Abu Daud, beliau adalah al-A’ma dan namanya Nufai’ bin al-Harith. Al-Nasa’ei, al-Dawlabi dan all-Daraqutni telah meninggalkan riwayat beliau. Abu Hatim dan al-Saji berkata: "Munkar al-Hadith", al-Saji menambah: "beliau berdusta". Oleh kerana itu, Ibn ‘Abd al-Bar berkata; "Mereka ijmak menilai beliau sebagai dha’if, sebahagian mereka pula menilai beliau sebagai pendusta. Mereka juga ijmak meninggalkan riwayat beliau". Kedua: Abd Allah bin Sakhirah seorang yang Majhul sebagaimana dalam al-Taqrib. Wallahua’lam

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs