Rasulullah SAW apabila melihat cermin, Baginda membaca: 'Segala puji bagi Allah yang telah menciptakanku, lalu dia memperelokkan kejadianku dan akhlakku

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذا نظر في المرآة قال: الحمد لله الذي خلقني فأحسن خلقي وخلقي، وزان متى ما شان من غيري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila melihat cermin, Baginda membaca: ‘Segala puji bagi Allah yang telah menciptakanku, lalu dia memperelokkan kejadianku dan akhlakku, serta Dia telah menghiaskan keaibanku berbanding selainku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 101, hadis nombor 80. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن السني في اليوم والليلة (163) وأبو الشيخ في الأخلاق (1/ 5/ 184- 185) من طريق أبي يعلى الموصلي وهذا في مسنده كما في المجمع (5/ 171) قال: حدثنا عمرو بن الحصين ثنا يحيى بن العلاء عن صفوان بن سليم عن عطاء بن يسار عن ابن عباس فذكره بلفظه.
قلت: وهذا سند ساقط وعمرو بن الحصين وشيخه يحيى بن العلاء من الكذابين.وله شاهد من حديث أنس بن مالك رضي الله عنه . أخرجه ابن السني (164) وابن أبي الديا في الشكر (119) وأبو الشيخ في الأخلاق (1/ 5/ 185) والخطيب في الجامع (1/ 389 -390) والبيهقي في الشعب (2/ 1/ 127) من طريق أبي معاوية هاشم بن عيسى اليزني نا الحارث بن مسلم عن الزهري عن أنس فذكره بنحوه وعنده: وجعلني من المسلمين. قلت: وهذا إسناد ضعيف، وفيه علتان:
الأولى: أبو معاوية هذا، مجهول كما قال العقيلي في الضعفاء (4/ 343) بل قال: منكر الحديث. وتبعه الذهبي فقال: لا يعرف. وكذلك قال الهيثمي (10/ 139): لم أعرفه وقد يفهم من عبارة الهيثمي أنه لم يطلع على الضعفاء للعقيلي، أو حتى على الميزان أثناء حكمه إذ العادة أن يصرح بأنه مجهول أو نحو ذلك ولا ينسب عدم المعرفة إلى نفسه إلا لأنه لم ير ترجمة له. والله أعلم.
الثانية: الحارث بن مسلم لا أعرف عن حاله شيئاً، ولكن هل هو الحارث بن مسلم الرازي الذي قال فيه السليماني: منه نظر. وله طريق آخر عن أنس. أخرجه المروزي في زوائد الزهد (1174) أخبرنا الهيثم بن جميل، قالَ: أخبرنا عبد الله بن المثنى بن أنس بن مالك، قالَ: حدثني رجل من آل أنس، عن أنس قال كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يتناول المرآة فينظر فيها، ويقول: الحمد لله، أكمل خلقي، وحسن صورتي، وزان مني ما شان من غيري. قلت: وسنده ضعيف لأجل الرواي عن أنس فإنه غير معروف. ثم وقعت عليه. فأخرجه البزار (ج 4/ رقم 3124) من طريق داود بن المحبر، ثنا عبد الله بن المثنى، عن ثمامة، عن أنس فذكره. قال البزار: لا نعلمه يروي مرفوعاً إلا بهذا الإسناد، وداود بن المحير ليس بالحافظ. قلت: تساهل البزار في حال داود، وهو متروك، بل اتهم بالكذب ووضع الحديث، فالسند تالف.
وله شاهد من حديث علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -. أخرجه ابن السني (162) من طريق الحسين بن أبي السري، ثنا محمد بن الفضيل، عن عبد الرحمن بن إسحاق عن النعمان بن سعد عن علي أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا نظر في المرآة قال: الحمد لله، اللهم كما حسنت خلقي فحسن خلقي. قلت: وإسناده تالف. والحسين بن أبي السري ضعفه أبو داود، بل كذبه أبو عروبة الحراني وأخوه محمد بن أبي السري. وعبد الرحمن بن إسحاق قال البخاري: ((فيه نظر)) .وقال أحمد وأبو حاتم منكر الحديث. زاد أبو حاتم: يكتب حديثه ولا يُحتج بهِ. وضعفه ابن معين، وأبو داود والنسائي وابن سعد وابن حبان وغيرهم.
وله شاهد من مرسل جعفر بن محمد. أخرجه ابن أبي الدنيا في الشكر (175) عن ابن أبي فديك قال بلغني عن جعفر بن محمد قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكره وسنده ضعيف للانقطاع بين ابن أبي فديك وجعفر ثم لأنه مرسل. والله أعلم.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni dalam al-Yawm Wa al-Lailah (163), Abu al-Syeikh dalam al-Akhlaq (1/5/184-185) melalui sanad Abu Ya’la al-Musili, hadith ini juga terdapat dalam Musnad beliau – sebagaimana dalam al-Majma’ (5/171), Abu Ya’la berkata ‘Amr bin al-Husain, katanya Yahya bin al-‘Ala’ telah menceritakan kepada kami daripada Safwan bin Sulaym daripada ‘Ata’ bin Yasar daripada Ibn ‘Abbas, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut dengan lafaz sepertinya.
Saya berkata: Sanad ini Saqit (gugur kelayakan berhujjah). ‘Amr bin al-Husain dan guru beliau Yahya bin al-‘Ala’ termasuk dalam kalangan pendusta.
Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Anas bin Malik RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni (164), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syukr (119), Abu al-Syeikh dalam al-Akhlaq (1/5/185), al-Khatib dalam al-Jami’ (1/389-390), dan al-Baihaqi dalam al-Shu’ab (2/1/127) melalui sanad Abu Mu’awiyah Hashim bin ‘Isa al-Yuzani, katanya al-Harith bin Muslim telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri daripada Anas, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut seumpamanya. Dalam riwayat beliau terdapat: "Dan jadikanlah aku termasuk dalam kalangan orang-orang muslim".
Saya berkata: Ini adalah sanad yang dha’if. Di dalamnya terdapat dua kecacatan:
Pertama: Abu Mu’awiyah ini, beliau seorang yang Majhul – sebagaimana disebutkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (4/343), bahkan beliau berkata: "Munkar al-Hadith". Al-Zahabi telah mengikuti al-‘Uqaili, lalu beliau berkata: "Beliau tidak dikenali". Demikian juga yang disebutkan oleh al-Haythami (10/139): "Saya tidak mengenali beliau". Boleh difahami melalui ungkapa al-Haythami bahawa beliau tidak melihat dalam al-Dhu’afa’ karangan al-Imam al-‘Uqaili atau bahkan dalam al-Mizan juga ketika beliau melakukan penilaian terhadapnya. Ini kerana, sudah menjadi kebiasaan beliau tidak menyebutkan secara jelas bahawa dia seorang majhul atau seumpamanya dan beliau menyandarkan ketidak tahuan tersebut kepada diri kerana beliau melihat biografi perawi tersebut. Wallahua’lam.
Kedua: al-Harith bin Muslim, saya tidak mengetahui apa-apa tentang status beliau. Namun, adakah beliau adalah al-Harith bin Muslim al-Razi yang dikatakan oleh al-Sulaymani sebagai: "Pada beliau ada pertikaian"
Hadith tersebut ada satu lagi sanad lain daripada Anas. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Marwazi dalam Zawaid al-Zuhd (1174), katanya al-Haitham bin Jamil telah khabarkan kepada kami, katanya ‘Abdullan bin al-Muthanna bin Anas bin Malik telah khabarkan kepada kami, katanya seorang lelaki daripada kalangan ahli keluarga Anas telah menceritakan kepadaku daripada Anas, katanya: Rasulullah SAW selalu mendapatkan cermin, lalu Baginda SAW melihat pada cermin itu seraya membaca: "Ya Allah! Sempurnakanlah akhlakku dan perelokkanlah rupaku, serta hiasilah keaibanku terhadap selainku". Saya berkata: Sanadnya dha’if disebabkan oleh seorang perawi daripada Anas, beliau tidak diketahui. Kemudian saya menemuinya. Al-Bazzar (juz 4/hadith : 3124) telah mengeluarkannya melalui sanad Daud bin al-Muhabbir, beliau bukan seorang hafiz". Saya berkata: al-Bazzar bermudah-mudah dalam menetapkkan status Daud, sedangkan beliau seorang yang Matruk, bahkan beliau telah didakwa melakukan pendustaan dan pemalsuan hadith. Maka, sanad tersebut Talif (Binasa).
Hadith tersebut juga ada sokongan melalui hadith ‘Ali bin Abi Talib RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni (162) melalui sanad al-Husain bin Abi al-Sarri, katanya Muhammad bin al-Fudhail telah menceritakan kepada kami daripada ‘Abd al-Rahman bin Ishaq daripada al-Nu’man bin Sa’d daripada ‘Ali bahawa Nabi SAW biasanya apabila Baginda SAW melihat cermin, Baginda SAW mengucapkan: "Segala puji bagi Allah. Ya Allah! Sebagaimana telah engkau cantikkan rupa parasku, maka cantikkanlah juga akhlakku". Saya berkata: Sanadnya Talif. Al-Husain bin Abi al-Sarri telah dinilai dha’if oleh Abu Daud, bahkan beliau telah dinilai pendusta oleh Abu ‘Arubah al-Harrani dan juga oleh saudara beliau sendiri iaitu Muhammad bin Abi al-Sarri. ‘Abd al-Rahman bin Ishaq pula, al-Bukhari berkata: "Beliau dipertikaikan". Ahmad dan Abu Hatim pula berkata: "Munkar al-Hadith", Abu Hatim menambah: "Hadithnya boleh ditulis, tapi tidak boleh dijadikan hujjah". Ibn Ma’in, Abu Daud, al-Nasa’ei, Ibn Sa’d, Ibn Hibban dan lain-lain menilai beliau sebagai dha’if.
Terdapat juga sokongan bagi hadith tersebut melalui riwayat Mursal oleh Ja’far bin Muhammad. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syukr (175) daripada Ibn Abi Fudaik, katanya telah sampai kepadaku daripada Ja’far bin Muhammad, kata beliau: Rasulullah SAW, lalu beliau menyebutkan hadith tadi. Sanadnya dha’if kerana terputus sanad antara Ibn Abi Fudaik dan Ja’far, kemudian ianya juga dha’if kerana Mursal. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs