Sesiapa yang memakan tanah, maka dia telah membantu (mempermudahkan kematian) dirinya

TEKS BAHASA ARAB

من أكل الطين؛ فقد أعان على نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakan tanah, maka dia telah membantu (mempermudahkan kematian) dirinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 490, hadis nombor 2634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع): ((من أكل الطين؛ فقد أعان على نفسه)). روي من حديث سلمان، وأبي هريرة، وابن عباس –رضي الله عنهم-، ومحمد الباقر مرسلا. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عد، هق، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (4560)]

(Palsu)
Sesiapa yang memakan tanah, maka dia telah membantu (mempermudahkan kematian) dirinya. Hadis ini diriwayatkan oleh Salman, Abu Hurairah, Ibnu Abbas – moga Allah meredhai mereka- dan Muhammad Al-Baqir secara mursal.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4560]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs