Sesiapa yang mentaatiku, maka dia mentaati Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أطاعني فقد أطاع الله. ومن عصاني فقد عصى الله. ومن أطاع عليا فقد أطاعني. ومن عصى عليا فقد عصاني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mentaatiku, maka dia mentaati Allah. Sesiapa yang ingkar akanku, maka dia mengingkari Allah. Dan barangsiapa yang mentaati Ali, maka dia mentaatiku, dan sesiapa yang ingkar akan Ali, maka dia telah mengingkariku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 490, hadis nombor 2633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أطاعني فقد أطاع الله. ومن عصاني فقد عصى الله. ومن أطاع عليا فقد أطاعني. ومن عصى عليا فقد عصاني)). [ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4892)]

(Lemah)
Daripada Abu Zar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mentaatiku, maka dia mentaati Allah. Sesiapa yang ingkar akanku, maka dia mengingkari Allah. Dan barangsiapa yang mentaati Ali, maka dia mentaatiku, dan sesiapa yang ingkar akan Ali, maka dia telah mengingkariku.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4892]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.