Sesiapa yang menghiasi dirinya dengan amalan akhirat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تزين بعمل الآخرة – وهو لا يريدها ولا يطلبها-؛ لعن في السماوات والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghiasi dirinya (dihadapan manusia) dengan amalan akhirat, sedang dia tidak mahu dan tidak mengharapkannya (tidak mengkehendaki akhirat disebalik amalannya itu, bahkan semata-mata riak), maka dia pasti dilaknat di langit dan di bumi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 490, hadis nombor 2635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- مرفوعا: ((من تزين بعمل الآخرة – وهو لا يريدها ولا يطلبها-؛ لعن في السماوات والأرض)). [طس، ((الضعيفة)) (4574)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghiasi dirinya (dihadapan manusia) dengan amalan akhirat, sedang dia tidak mahu dan tidak mengharapkannya (tidak mengkehendaki akhirat disebalik amalannya itu, bahkan semata-mata riak), maka dia pasti dilaknat di langit dan di bumi.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4574]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.