Sesiapa yang diumpat saudaranya di sisinya

TEKS BAHASA ARAB

من اغتيب عنده أخوه، فاستطاع نصرته فنصره؛ نصره الله في الدنيا والآخرة، فإن لم ينصره؛ أذله الله في الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diumpat saudaranya di sisinya, lalu dia mampu untuk menolongnya dan dia melakukannya, maka Allah SWT akan memberi pertolongan kepadanya di dunia dan akhirat. Sekiranya dia tidak menolongnya, Allah SWT akan menghinakannya di dunia dan akhirat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis nombor 515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من اغتيب عنده أخوه، فاستطاع نصرته فنصره؛ نصره الله في الدنيا والآخرة، فإن لم ينصره؛ أذله الله في الدنيا والآخرة.
[الحارث، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5268)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang diumpat saudaranya di sisinya, lalu dia mampu untuk menolongnya dan dia melakukannya, maka Allah SWT akan memberi pertolongan kepadanya di dunia dan akhirat. Sekiranya dia tidak menolongnya, Allah SWT akan menghinakannya di dunia dan akhirat.
[Riwayat al-Ḥārith ibn Abū Usāmah dalam Musnadnya dan al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5268]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs