Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أصلح َبينَ اثنَينِ؛ أصلح اللهُ أمرَهُ، وأعطاه بكل كلمةٍ تكلم بينهما عتقَ رقبةٍ، ورجع مغفورًا لهُ ما تقدَّم من ذنبِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengislahkan antara dua orang, maka Allah SWT akan memperbaiki urusannya, serta memberikannya dengan setiap kalimah yang diungkapkan antara keduanya pahala membebaskan hamba, dan dia pulang dalam keadaan diampunkan baginya apa yang terdahulu daripada dosa-dosanya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis no. 514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Munkar) Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengislahkan antara dua orang, maka Allah SWT akan memperbaiki urusannya, serta memberikannya dengan setiap kalimah yang diungkapkan antara keduanya pahala membebaskan hamba, dan dia pulang dalam keadaan diampunkan baginya apa yang terdahulu daripada dosa-dosanya. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5267]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman