Sesiapa yang menutup pintu rumahnya daripada jirannya

TEKS BAHASA ARAB

من أغلق بابه دون مخافة على أهله وماله؛ فليس ذلك بمؤمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menutup pintu rumahnya daripada jirannya kerana takutkan ke atas ahli keluarga dan hartanya, maka bukanlah itu seorang Mukmin.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 100, hadis nombor 516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من أغلق بابه دون جاره مخافة على أهله وماله؛ فليس ذلك بمؤمن.
[الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، ((الضعيفة)) (5391)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menutup pintu rumahnya daripada jirannya kerana takutkan ke atas ahli keluarga dan hartanya, maka bukanlah itu seorang Mukmin.
[Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Masāwi al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5391]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.