Sesiapa yang ditimpa kecelakaan pada badannya

TEKS BAHASA ARAB

من أصيب في جسده بشىء فتركه لله؛ كان كفارة له

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ditimpa kecelakaan pada badannya kemudian dia menyerahkan dirinya kepada Allah, maka baginya kaffarah atau penghapusan dosa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033, hadis nombor 10225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن رجل من الأنصار مرفوعا: من أصيب في جسده بشىء فتركه لله؛ كان كفارة له.
[حم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4552)]

(Lemah)
Daripada seorang pemuda daripada kaum Anshar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang ditimpa kecelakaan pada badannya kemudian dia menyerahkan dirinya kepada Allah, maka baginya penghapusan dosa.
[Riwayat Ahmad, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4552]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs