Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أصيب بمصيبة، فذكر مصيبته، فأحدث استرجاعا – وإن تقادم عهدها -؛ كتب الله له من الأجر مثله يوم أصيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ditimpa musibah, kemudian dia mengingati musibahnya itu, lalu dia mengucapkan lafaz istirja’ -walhal ia sudah lama berlalu-, maka Allah akan mencatat untuknya pahala yang sama sebagaimana hari yang ditimpakan musibah padanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2032, hadis nombor 10224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن الحسين –رضي الله عنه- مرفوعا: من أصيب بمصيبة، فذكر مصيبته، فأحدث استرجاعا – وإن تقادم عهدها -؛ كتب الله له من الأجر مثله يوم أصيب.
[ه، محمد بن تولون في ((الأربعين))، الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (4551)]

(Sangat lemah)
Daripada al-Hussin RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang ditimpa musibah, kemudian dia mengingati musibahnya itu, lalu dia mengucapkan lafaz istirja’ -walhal ia sudah lama berlalu-, maka Allah akan mencatat untuknya pahala yang sama sebagaimana hari yang ditimpakan musibah padanya.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, Muhd bin Tulun dalam al-Arbai’in, al-Dulabi dalam al-Zuriyyah al-Thahirah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4551]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.