Sesiapa yang ditimpa sesuatu ujian lalu dia bersabar

TEKS BAHASA ARAB

من ابتلى فصبر، وأعطي فشكر، وظلم فاستغفر، وظلم فغفر؛ أولئك لهم الأمن وهم مهتدون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ditimpa sesuatu ujian lalu dia bersabar, diberikan (nikmat) lalu dia bersyukur, menzalimi lalu meminta keampunan, mereka itulah golongan orang-orang yang selamat dan mendapat petunjuk.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2032, hadis nombor 10219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عبد الله بن سخبرة مرفوعا: من ابتلى فصبر، وأعطي فشكر، وظلم فاستغفر، وظلم فغفر؛ أولئك لهم الأمن وهم مهتدون.
[ابن بشران، المخلص في ((الفوائد))، الخرائطي في ((فضيلة الشكر))، ابن أبي الدنيا في ((الشكر)) و في ((الصبر))، أبو نعيم في ((الأخبار))، الذكواني في ((إثني عشر مجلسا))، ((الضعيفة)) (4527)]

(Sangat lemah)
Daripada Abdullah bin Sakhbarah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang ditimpa sesuatu ujian lalu dia bersabar, diberikan (nikmat) lalu dia bersyukur, menzalimi lalu meminta keampunan, mereka itulah golongan orang-orang yang selamat dan mendapat petunjuk.
[Riwayat Ibn Bashran, al-Mukhlis dalam al-Fawaid, al-Kharaiti dalam Fadhilat al-Syukr, Ibn Abu Dunya dalam al-Syukr dan dalam al-Sabr, Abu Na’im dalam al-Akhbar.Al-Zakwani dalam Ithna ‘Asar Majlisan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4527]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs