Sesiapa yang suka berlumba-lumba mendahului orang-orang yang rajin

TEKS BAHASA ARAB

من أحب أن يسبق الدائب المجتهد؛ فليكف عن الذنوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang suka berlumba-lumba mendahului orang-orang yang rajin, hendaklah dia menjauhi segala maksiat atau dosa terlebih dahulu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2032, hadis nombor 10220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عائشة –رضي الله عنها- مرفوعا: من أحب أن يسبق الدائب المجتهد، فليكف عن الذنوب.
[النقاش في ((الثاني من الأمالي))، حل، ((الضغيفة)) (4535)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang suka berlumba-lumba mendahului orang-orang yang rajin, hendaklah dia menjauhi segala maksiat atau dosa terlebih dahulu
[Riwayat al-Naqhash dalam al-Thani Min al-Amali, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4535]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs