Sesiapa yang disolatkan oleh orang ramai sebanyak tiga saf

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى عليه ثلاثة صفوف فقد أوجب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang disolatkan oleh orang ramai sebanyak tiga saf, maka wajib baginya syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 110, hadis nombor 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (8/ 448- عون) والترمذي (4/ 112- 113 تحفة) وابن ماجه (1/ 454) والبخاري في التاريخ الكبير (4/ 1/ 303) ، وأحمد (4/ 79) والحاكم (1/ 362- 363) من طريق محمد بن إسحاق عن يزيد بن أبي حبيب عن مرثد بن عبد الله اليزني عن مالك بن هبيرة وكانت له صحبة قال: كان إذا أتى بجنازة، فقال من تبعها، جزأهم ثلاثة صفوف ثم صلى عليها وقال فذكره. قال الترمذي: حديث حسن. وقال الحاكم: صحيح على شرط مسلم ووافقه الذهبي ‍‍.
قلت: ومحمد بن إسحاق مع كون مسلم لم يحتج به فإنه مدلس عنعنه. وقد اختلف على ابن إسحاق فيه؛ فرواه عَنهُ إبراهيم بن سعد فأدخل بَينَ مرثد ومالك بن هبيرة رجلاً. ذكره الترمذي وسماه الحافظ في الإصابة (5/ 757): الحارث بن مالك؛ وقال: كذا وقع في المعرفة لابن منده ورجح الترمذي الرواية الأولى، والخالية من الواسطة ولكن فيها عنعنة ابن إسحاق.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud (8/448 – ‘Awn), al-Tirmizi (4/112 – 113 – Tuhfah), Ibn Majah (1/454), al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (4/1/303), Ahmad (4/79), dan al-Hakim (1/362-363) melalui sanad Muhammad bin Ishaq daripada Yazid bin Abi Habib daripada Marthad bin Abd Allah al-Yazani daripada Malik bin Hubairah, beliau berstatus sahabat, perawi berkata: Beliau apabila dibawakan jenazah, maka beliau berkata kepada orang yang mengikuti jenazah supaya mereka membahagikan tiga saf/barisan, kemudian beliau lakukan solat terhadap jenazah itu, seraya berkata (bahawa Baginda SAW bersabda)…, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan", al-Hakim pula berkata: "Sahih berdasarkan syarat Muslim", dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Muhammad bin Ishaq bukan sahaja hadithnya tidak dijadikan hujjah oleh Muslim, beliau juga perawi mudallis yang meriwayatkannya secara ‘an’anah. Juga berlaku perbezaan riwayat terhadap Ibn Ishaq dalam sanad tersebut. Ibrahim bin Sa’d telah meriwayatkannya daripada Ibn Ishaq, lalu Ibrahim menyebutkan seorang perawi antara Marthad dan Malik bin Hubairah. Al-Tirmizi juga menyebutkannya dan al-Hafiz pula menyebutkan namanya dalam al-Isabah (5/757) sebagai al-Harith bin Malik", seraya al-Hafiz berkata: "Demikianlah yang terdapat dalam al-Ma’rifah oleh Ibn Mandah". Al-Tirmizi memilih riwayat pertama yang tidak ada perawi perantara (antara Marthad dan Malik), namun dalam sanadnya juga ada riwayat secara ‘an’anah oleh Ibn Ishaq. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.