Sesiapa yang diminta sesuatu dengan nama Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

من سئل بالله فأعطى؛ كتبت له سبعون حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diminta sesuatu dengan nama Allah SWT lalu dia memberikannya, maka akan ditulis kepadanya 70,000 kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis nombor 600. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: من سئل بالله فأعطى؛ كتبت له سبعون حسنة.
[هب، ((الضعيفة)) (5807)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang diminta sesuatu dengan nama Allah SWT lalu dia memberikannya, maka akan ditulis kepadanya 70,000 kebaikan.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5807]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs