Sesiapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan hamba

TEKS BAHASA ARAB

من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنه: {أفغير دين الله يبغون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan hamba, haiwan tunggangan, dan anak kecil, maka bacakanlah di telinganya: ‘Maka apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah SWT.’ [Ali Imran: Ayat 83].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis nombor 599. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنه: {أفغير دين الله يبغون}.
[طس، ((الضعيفة)) (5601)]

(Palsu)
Daripada Anas ibn Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan hamba, haiwan tunggangan, dan anak kecil, maka bacakanlah di telinganya: ‘Maka apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah SWT.’ [Ali Imran: Ayat 83].
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5601]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.